Cara Menawarkan Majalah
Bermula dengan terbitan Kerja Teokratik Kita ini, ruangan ini akan mengandungi satu penyampaian bagi Majalah Malaysia yang terkini. Memandangkan kita menawarkan dua naskhah Majalah Malaysia, anda boleh menawarkan majalah yang terkini bersama majalah-majalah yang lama.
Terbitan Januari:
“Kejahatan yang dilakukan atas nama Tuhan menyebabkan sesetengah ateis berasa bahawa agama ialah punca masalah dunia. Apakah pendapat anda? [Izinkan maklum balas.] Ayat ini menjelaskan mengapa agama palsu telah membawa penderitaan. [Baca 1 Timotius 4:3, 4.] Majalah ini menunjukkan beberapa kelemahan dalam ajaran ateis.”