‘Khabarkan Berita Baik’ tentang Kerajaan Tuhan dengan Sepenuhnya
1. Bagaimanakah buku ini membantu kita masing-masing menerapkan iktibar-iktibar dalam buku Kisah?
1 Buku “Memberikan Kesaksian” (“Bearing Thorough Witness” About God’s Kingdom) mengulas buku Kisah dalam cara yang mendebarkan seraya pembaca menyusuri peristiwa-peristiwa yang tercatat dalam buku Kisah. Buku “Memberikan Kesaksian” tidak memberikan ulasan ayat demi ayat, sebaliknya mengambil iktibar-iktibar daripada catatan buku Kisah dan membantu kita masing-masing untuk menerapkannya.—Rm. 15:4.
2. Nyatakan ciri-ciri buku “Memberikan Kesaksian.”
2 Ciri-ciri Buku Ini: Pada muka surat 2, terdapat sepucuk surat yang mesra daripada Badan Pimpinan yang menyingkapkan hasrat mereka agar kita memanfaatkan buku ini. Bermula di bab 2, terdapat pernyataan di bawah setiap tajuk yang menjelaskan inti sari setiap bab. Bahagian buku Kisah yang akan dibincangkan juga tertera di bawahnya. Banyak bab mengandungi kotak-kotak yang memberikan maklumat tentang latar belakang orang, tempat, atau peristiwa. Kita juga dapat membuat nota di bahagian tepi muka surat yang luas. Buku ini kaya dengan ilustrasi yang menggambarkan kisah Bible dengan terperinci, supaya kita dapat membayangkan peristiwa-peristiwa yang penting. Muka surat terakhir mengandungi indeks gambar yang menjelaskan peristiwa yang berlaku. Peta-peta dalam kulit depan dan belakang disediakan supaya kita dapat mengikuti perkembangan orang Kristian abad pertama seraya mereka mula menyebarkan berita baik “sampai ke hujung bumi.”—Kis. 1:8.
3. Apakah soalan-soalan penting yang akan dijawab oleh buku Kisah?
3 Jawapan kepada Soalan-soalan yang Penting: Setelah mengkaji buku Kisah, kita akan memperoleh jawapan yang jelas kepada soalan-soalan tentang aktiviti penyebaran orang Kristian. Misalnya, pengikut sejati Yesus Kristus dikenali kerana melakukan kerja apa dan menyebarkan mesej apa? Siapakah yang mengetuai kerja penyebaran sedunia? Bagaimanakah dia melakukannya? Semasa dianiaya dan ditentang, para penyebar berpeluang untuk melakukan apa? Apakah peranan daya aktif Tuhan dalam aktiviti penyebaran kita?
4. Bagaimanakah kita dapat memanfaatkan buku ini dengan sepenuhnya?
4 Jika anda ingin memperoleh manfaat dengan sepenuhnya, kajilah buku ini dan renungkan bagaimana anda dapat menerapkan pengajaran yang diperoleh semasa menjalankan aktiviti penyebaran. Seraya kita mempelajari buku yang menarik ini, semoga kita didorong untuk mengkhabarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan dengan sepenuhnya!—Kis. 28:23.