PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 10/11 ms. 3-10
  • Adakah Anda Merebut Peluang untuk Belajar daripada Yehuwa?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Adakah Anda Merebut Peluang untuk Belajar daripada Yehuwa?
  • Kerja Teokratik Kita—2011
  • Bahan yang Berkaitan
  • Sekolah Teokratik—Bukti akan Kasih Yehuwa
    Menara Pengawal—2012
  • Melatih Penyebar Kerajaan Tuhan
    Kerajaan Tuhan Kini Memerintah!
  • Bagaimanakah Saksi-Saksi Yehuwa Dilatih untuk Menjalankan Kerja Penyebaran?
    Soalan Lazim
  • Cara-Cara untuk Meluaskan Khidmat Anda
    Diorganisasikan untuk Melakukan Kehendak Yehuwa
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2011
km 10/11 ms. 3-10

Adakah Anda Merebut Peluang untuk Belajar daripada Yehuwa?

1. Apakah pandangan Yehuwa tentang pendidikan?

1 Pendidik Agung kita, Yehuwa, ingin mendidik kita. (Yes. 30:20) Dia mula mengajar selepas Anak Sulung-Nya diciptakan. (Yoh. 8:28) Biarpun Adam memberontak, Yehuwa terus mendidik manusia yang tidak sempurna dengan penuh kasih.—Yes. 48:17, 18; 2 Tim. 3:14, 15.

2. Apakah program pendidikan yang sedang berlangsung dewasa ini?

2 Dewasa ini, Yehuwa sedang menerajui program pendidikan yang terulung dalam sejarah. Seperti yang dinubuatkan oleh Yesaya, jutaan orang di serata dunia sedang berduyun-duyun ke ‘Rumah Yehuwa.’ (Yes. 2:2) Mengapa mereka pergi ke sana? Kerana mereka ingin diajar oleh Yehuwa! (Yes. 2:3) Sepanjang tahun aktiviti penyebaran 2010, Saksi-Saksi Yehuwa menghabiskan lebih daripada 1.6 bilion jam untuk menginjil dan mengajar orang kebenaran Bible. Tambahan lagi, setiap minggu lebih daripada 105,000 buah sidang di serata dunia menerima ajaran rohani. Dan hamba yang setia dan bijaksana membekalkan bahan bacaan Kristian dalam lebih daripada 500 bahasa.

3. Apakah manfaat yang telah anda tuai daripada pendidikan yang disediakan oleh Yehuwa?

3 Tuailah Manfaatnya: Sememangnya, kita telah menuai banyak manfaat daripada pendidikan rohani! Kita telah belajar bahawa Tuhan mempunyai nama dan Dia mengambil berat tentang kita. (Kej. 2:4, nota kaki; 1 Ptr. 5:6, 7) Kita telah mempelajari jawapan kepada beberapa soalan penting dalam kehidupan: Mengapakah manusia menderita dan mati? Bagaimanakah saya boleh menikmati kebahagiaan sejati? Apakah tujuan hidup? Yehuwa juga telah memberikan bimbingan moral agar kita hidup dengan “makmur dan berjaya.”—Yos. 1:8.

4. Apakah peluang pendidikan yang terbuka kepada umat Tuhan? Mengapakah kita patut merebut peluang untuk belajar daripada Yehuwa?

4 Yehuwa juga menyediakan pendidikan khusus yang membantu sebilangan besar umat-Nya memperluas khidmat mereka. Muka surat 4, 9, dan 10 menyenaraikan peluang pendidikan yang telah disediakan. Bagaimana pula jika keadaan hidup tidak mengizinkan kita untuk menerima latihan yang tersenarai? Berusahalah untuk memanfaatkan pendidikan rohani yang tersedia bagi kita. Selain itu, orang muda sering didesak oleh guru sekolah dan orang lain untuk mengejar pendidikan tinggi duniawi. Adakah kita menggalakkan mereka untuk menetapkan matlamat rohani dan mengejar pendidikan yang jauh lebih unggul daripada Yehuwa? Dengan merebut peluang untuk belajar daripada Yehuwa, kita dapat hidup bahagia sekarang dan mempunyai harapan kehidupan kekal.—Mzm. 119:105; Yoh. 17:3.

Peluang Pendidikan yang Disediakan Menerusi Organisasi Yehuwa

Kelas Membaca dan Menulis

• Tujuan: Untuk mengajar orang membaca dan menulis agar mereka dapat membuat pembelajaran Bible peribadi dan mengajarkan kebenaran.

• Tempoh: Mengikut keperluan.

• Lokasi: Dewan Perjumpaan tempatan.

• Syarat Kelayakan: Semua penyiar dan orang yang berminat.

• Cara Menyertai: Penatua sidang akan mengaturkan kelas mengikut keperluan tempatan, dan mereka menggalakkan semua yang layak untuk hadir.

Sekolah Penyebaran Teokratik

• Tujuan: Untuk melatih penyiar menjadi penyebar dan pengajar berita baik yang mahir.

• Tempoh: Secara berterusan.

• Lokasi: Dewan Perjumpaan tempatan.

• Syarat Kelayakan: Semua penyiar. Dan mereka yang menghadiri perjumpaan secara tetap, menerima ajaran Bible, dan hidup selaras dengan prinsip Bible.

• Cara Menyertai: Bincanglah dengan penyelia Sekolah Penyebaran Teokratik.

Kelas Bahasa Asing

• Tujuan: Untuk mengajar penyiar cara menyebarkan berita baik dalam bahasa lain.

• Tempoh: Empat atau lima bulan. Kelas biasanya diadakan pada pagi Sabtu selama satu atau dua jam.

• Lokasi: Biasanya, di Dewan Perjumpaan yang berhampiran.

• Syarat Kelayakan: Penyiar yang merupakan teladan baik yang ingin menginjil dalam bahasa asing.

• Cara Menyertai: Kelas diaturkan oleh pejabat cawangan mengikut keperluan.

Pembinaan Dewan Perjumpaan

• Tujuan: Untuk membina dan mengubah suai Dewan Perjumpaan. Bukan sebuah sekolah. Di bawah aturan ini, sukarelawan diajar pelbagai kemahiran agar dapat membantu dalam projek pembinaan.

• Tempoh: Mengikut keadaan sukarelawan.

• Lokasi: Mana-mana kawasan yang ditugaskan kepada Jawatankuasa Pembinaan Serantau. Sesetengah sukarelawan mungkin dijemput untuk menyertai kerja membantu mangsa bencana di tempat yang lebih jauh.

• Syarat Kelayakan: Penyiar terbaptis yang mendapat kelulusan badan penatua, tidak kira mereka mempunyai kemahiran atau tidak.

• Cara Menyertai: Isi borang Soal Selidik bagi Sukarelawan Dewan Perjumpaan (S-82) yang boleh didapati daripada penatua tempatan.

Sekolah Latihan Perintis

• Tujuan: Untuk membantu perintis menjalankan aktiviti penyebaran dengan sebaik-baiknya.—2 Tim. 4:5.

• Tempoh: Dua minggu.

• Lokasi: Diaturkan oleh pejabat cawangan; biasanya di Dewan Perjumpaan yang berhampiran.

• Syarat Kelayakan: Berkhidmat sebagai perintis biasa untuk sekurang-kurangnya setahun.

• Cara Menyertai: Perintis yang layak akan dimaklumkan oleh penyelia litar mereka.

Sekolah untuk Anggota Bethel Baru

• Tujuan: Sekolah ini diadakan untuk membantu ahli Bethel yang baru supaya mereka menjalankan khidmat dengan baik.

• Tempoh: Satu jam setiap minggu selama 16 minggu.

• Lokasi: Bethel.

• Syarat Kelayakan: Mesti menjadi ahli tetap Bethel atau sukarelawan jangka masa panjang (sekurang-kurangnya satu tahun).

• Cara Menyertai: Ahli keluarga Bethel yang layak akan dijemput.

Sekolah Bible untuk Saudara Terlantik

• Tujuan: Melatih penatua dan pembantu sidang untuk kerja menyelia serta melaksanakan tanggungjawab dalam organisasi. (Kis. 20:28) Sekolah ini diadakan beberapa tahun sekali mengikut aturan Badan Pimpinan.

• Tempoh: Kebelakangan ini, tempohnya satu hari setengah bagi penatua dan satu hari bagi pembantu sidang.

• Lokasi: Biasanya di Dewan Perjumpaan atau Dewan Perhimpunan yang berhampiran.

• Syarat Kelayakan: Mesti berkhidmat sebagai penatua atau pembantu sidang.

• Cara Menyertai: Penatua atau pembantu sidang yang layak akan dijemput oleh penyelia litar.

Sekolah untuk Penatua Sidanga

• Tujuan: Untuk membantu penatua memikul tanggungjawab dalam sidang.

• Tempoh: Lima hari.

• Lokasi: Diaturkan oleh pejabat cawangan; biasanya di Dewan Perjumpaan atau Dewan Perhimpunan yang berhampiran.

• Syarat Kelayakan: Mesti berkhidmat sebagai penatua.

• Cara Menyertai: Penatua yang layak akan dijemput oleh pejabat cawangan.

Sekolah untuk Penyelia Lawatan dan Isteri Merekab

• Tujuan: Untuk melatih penyelia litar dan penyelia distrik agar mereka lebih bersedia untuk berkhidmat dalam sidang, rajin “memimpin dan menasihati” sidang, dan menggembala kawanan Tuhan.—1 Tes. 5:12; 1 Ptr. 5:2, 3.

• Tempoh: Dua bulan.

• Lokasi: Ditentukan oleh pejabat cawangan.

• Syarat Kelayakan: Mesti berkhidmat sebagai penyelia litar atau distrik.

• Cara Menyertai: Penyelia lawatan yang layak dan isteri mereka akan dijemput oleh pejabat cawangan.

Sekolah Bible untuk Saudara Bujangc

• Tujuan: Untuk menyediakan penatua dan pembantu sidang yang bujang untuk memikul tanggungjawab tambahan. Kebanyakan lepasan sekolah ini akan ditugaskan ke kawasan yang lebih memerlukan bantuan di negara asal mereka. Ada yang mungkin ditugaskan ke negara lain jika mereka memaklumkan pejabat cawangan bahawa mereka dapat berbuat demikian.

• Tempoh: Dua bulan.

• Lokasi: Diaturkan oleh pejabat cawangan; biasanya di Dewan Perhimpunan atau Dewan Perjumpaan.

• Syarat Kelayakan: Saudara bujang yang berumur antara 23 dan 62 tahun, sihat, dan ingin membantu saudara saudari serta memajukan kepentingan Kerajaan Tuhan. (Mrk. 10:29, 30) Mereka mesti berkhidmat sebagai penatua atau pembantu sidang sekurang-kurangnya untuk dua tahun berturut-turut.

• Cara Menyertai: Jika sekolah ini diadakan di kawasan anda, sebuah perjumpaan bagi mereka yang berminat akan diadakan di perhimpunan litar. Maklumat tambahan dibekalkan semasa perjumpaan ini.

Sekolah Bible untuk Pasangan Kristiand

• Tujuan: Untuk memberikan latihan khas kepada pasangan suami isteri agar mereka dapat meluaskan khidmat dalam organisasi Yehuwa. Kebanyakan lepasan sekolah ini akan ditugaskan ke kawasan yang lebih memerlukan bantuan di negara asal mereka. Ada yang mungkin ditugaskan ke negara lain jika mereka memaklumkan pejabat cawangan bahawa mereka dapat berbuat demikian.

• Tempoh: Dua bulan.

• Lokasi: Pada mulanya kelas diadakan di Pusat Pendidikan Watchtower di Paterson, New York, A.S. Kemudiannya, sekolah ini akan diadakan di lokasi yang diaturkan oleh pejabat cawangan, biasanya di Dewan Perhimpunan atau Dewan Perjumpaan.

• Syarat Kelayakan: Pasangan suami isteri yang berumur antara 25 dan 50 tahun, sihat, serta rela dan dapat berkhidmat di mana-mana kawasan yang mempunyai keperluan. (Yes. 6:8) Mereka juga mesti berkahwin untuk sekurang-kurangnya dua tahun dan sedang menceburi khidmat sepenuh masa untuk sekurang-kurangnya dua tahun berturut-turut.

• Cara Menyertai: Jika sekolah ini diadakan di kawasan anda, sebuah perjumpaan bagi mereka yang berminat akan diadakan pada hari perhimpunan istimewa. Maklumat tambahan dibekalkan semasa perjumpaan ini.

Sekolah Latihan Gilead

• Tujuan: Untuk melatih perintis dan pekhidmat sepenuh masa yang lain untuk khidmat seberang laut.

• Tempoh: Lima bulan.

• Lokasi: Pusat Pendidikan Watchtower di Paterson, New York, A.S.

• Syarat Kelayakan: Pasangan suami isteri yang sudah dibaptis untuk tiga tahun dan berumur antara 21 dan 38 tahun semasa memohon buat kali pertama. Mesti bertutur bahasa Inggeris, berkahwin untuk sekurang-kurangnya dua tahun, dan sedang menceburi khidmat sepenuh masa sekurang-kurangnya dua tahun berturut-turut. Mesti sihat. Perintis yang berkhidmat di negara asing (termasuk mereka yang dilantik sebagai perintis seberang laut); penyelia lawatan; ahli Bethel; dan lepasan Sekolah Latihan Pengorganisasian, Sekolah Bible untuk Saudara Bujang, serta Sekolah Bible untuk Pasangan Kristian boleh memohon jika mereka memenuhi syaratnya.

• Cara Menyertai: Bagi pejabat cawangan tertentu, sebuah perjumpaan akan diadakan di konvensyen distrik untuk mereka yang berminat. Maklumat tambahan dibekalkan semasa perjumpaan ini. Jika anda berminat tetapi perjumpaan ini tidak diadakan di konvensyen anda, sila kirimkan surat ke pejabat cawangan untuk maklumat lanjut.

Sekolah untuk Ahli Jawatankuasa Cawangan dan Isteri Mereka

• Tujuan: Untuk membantu ahli Jawatankuasa Cawangan mengurus Bethel dengan lebih baik, menjaga hal-hal yang melibatkan sidang, serta menyelia litar dan distrik di kawasan cawangan masing-masing, termasuk kerja penterjemahan, pencetakan, penghantaran bahan bacaan, dan pelbagai bahagian lain.—Luk. 12:48b.

• Tempoh: Dua bulan.

• Lokasi: Pusat Pendidikan Watchtower di Paterson, New York, A.S.

• Syarat Kelayakan: Berkhidmat atau ditugaskan sebagai ahli Jawatankuasa Cawangan atau Jawatankuasa Tempatan.

• Cara Menyertai: Saudara yang layak dan isteri mereka akan dijemput oleh Badan Pimpinan.

[Nota kaki]

a Buat masa sekarang, sekolah ini tidak diadakan di semua negara.

b Buat masa sekarang, sekolah ini tidak diadakan di semua negara.

c Buat masa sekarang, sekolah ini tidak diadakan di semua negara.

d Buat masa sekarang, sekolah ini tidak diadakan di semua negara.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi