PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 3/12 ms. 3
  • Ketakjuban Ciptaan Menyingkapkan Kemuliaan Tuhan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Ketakjuban Ciptaan Menyingkapkan Kemuliaan Tuhan
  • Kerja Teokratik Kita—2012
  • Bahan yang Berkaitan
  • Belajar Lebih Banyak tentang Yehuwa menerusi Ciptaan-Nya
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2023
  • Dapatkah Anda Melihat Sifat-Sifat Tuhan yang Tidak Kelihatan?
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2019
  • Gunakan Ciptaan untuk Mengajar Anak Anda tentang Yehuwa
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2023
  • Bagaimana Ciptaan Tuhan Menyingkapkan Kasih-Nya
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2021
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2012
km 3/12 ms. 3

Ketakjuban Ciptaan Menyingkapkan Kemuliaan Tuhan

Ramai orang tertarik melihat ciptaan Tuhan. Namun, hanya segelintir orang menyedari bahawa ciptaan Tuhan menyingkapkan perasaan dan pemikiran-Nya. (Rm. 1:20) Daud belajar tentang Yehuwa melalui Firman yang diilhami-Nya. Dia juga dapat “melihat” dan mendekat kepada Tuhan melalui ciptaan-Nya. (Mzm. 8:4, 5) Video The Wonders of Creation Reveal God’s Glory (Ketakjuban Ciptaan Menyingkapkan Kemuliaan Tuhan) akan membantu kita, anak-anak kita, dan pelajar Bible. Dengan melihat ciptaan, sifat, dan keperibadian Pencipta Agung, kita pun akan lebih mendekat kepada-Nya. Selepas menonton video itu, jawablah soalan-soalan berikut.

(1) Bagaimanakah alam semesta yang terbentang luas dan teratur menambahkan penghargaan kita kepada Yehuwa? (Yes. 40:26) (2) Apakah yang kita pelajari tentang Tuhan daripada air yang diciptakanNya? (Why. 14:7) (3) Bagaimanakah saiz bumi dan jaraknya dari matahari menyingkapkan hikmat Yehuwa? (4) Mengapakah bulan diciptakan? (Mzm. 89:38) (5) Bagaimanakah manusia diciptakan untuk menikmati kehidupan? (6) Apakah itu DNA? (Mzm. 139:16) (7) Apakah perbezaan di antara manusia dengan ciptaan lain? (Kej. 1:26) (8) Apakah yang anda nanti-nantikan di bumi baru?

Ciri Tambahan: (9) Bagaimanakah warna dihasilkan? (10) Bagaimanakah air dapat mengatasi hukum graviti untuk mencapai puncak pokok? (11) Apakah fungsi air dalam badan kita? (12) Berikan contoh tentang keharmonian yang wujud antara benda hidup. (13) Bagaimanakah makhluk hidup tahu caranya untuk bergantung pada satu sama lain? (14) Apakah itu “sudut emas”? Bagaimanakah “sudut emas” diperlihatkan dalam ciptaan?

Mengamati Ciptaan Yehuwa: Yesus menggalakkan kita untuk mengamati “burung di udara” dan belajar daripada “bunga-bunga di padang.” (Mat. 6:26, 28) Hasilnya, iman dan keyakinan kita pada Pencipta akan bertambah. Kita akan lebih menghargai hikmat, kuasa penyelamatan, dan kasih Yehuwa. Janganlah asyik sibuk dengan hal-hal dunia. Luangkanlah masa dan tenaga untuk mengamati ketakjuban ciptaan Tuhan yang menyingkapkan kemuliaan-Nya.—Mzm. 19:2.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi