Cadangan Penyampaian
Untuk Memulakan Pembelajaran Bible dengan Menggunakan Buku Ajaran Bible
Pada Kunjungan Pertama:
“Pada pendapat anda, bolehkah seseorang menjadi sahabat dengan Pencipta?” Izinkan maklum balas. Baca Kisah 17:26, 27 dan Yakobus 4:8. Buka buku Ajaran Bible ke muka surat 17 dan baca perenggan 18 bersama penghuni rumah. Tawarkan buku Ajaran Bible dan galakkannya untuk merenung bagaimana dia boleh menjadi sahabat Tuhan.
Cadangan untuk Kunjungan Kembali:
“Minggu lalu kita telah membaca ayat Bible yang menunjukkan bahawa Tuhan ingin menjadi sahabat kita. Bagaimanakah kita boleh menjadi sahabat-Nya?” Buka buku Ajaran Bible ke muka surat 17. Baca dan bincangkan perenggan 19. Buatlah aturan untuk kembali.