PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 8/12 ms. 1
  • Jagalah Hati Nuranimu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Jagalah Hati Nuranimu
  • Kerja Teokratik Kita—2012
  • Bahan yang Berkaitan
  • Cara Memelihara Hati Nurani yang Murni
    Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan
  • Hati Nurani yang Bersih Di Hadapan Tuhan
    Bernaunglah Di Bawah Kasih Tuhan
  • Bagaimanakah Saya Dapat Melatih Hati Nurani Saya?
    Kaum Muda Bertanya
  • Adakah Hati Nurani Anda Boleh Dipercayai?
    Menara Pengawal—2015
Kerja Teokratik Kita—2012
km 8/12 ms. 1

Jagalah Hati Nuranimu

1. Apakah tema hari perhimpunan istimewa bagi tahun aktiviti penyebaran 2013? Apakah tujuan program ini?

1 Setiap hari, kita menghadapi situasi yang boleh menyebabkan kita mengetepikan bimbingan hati nurani sendiri. Inilah sebabnya program hari perhimpunan istimewa bagi tahun aktiviti penyebaran 2013 yang bermula pada 1 September 2012, bertema “Jagalah Hati Nuranimu.” (1 Tim. 1:19) Program ini direka untuk membantu kita meneliti cara kita menggunakan hati nurani yang dikurniai Pencipta.

2. Apakah soalan-soalan penting yang akan dijawab semasa program?

2 Carilah Jawapan kepada Isi-isi Ini: Program perhimpunan ini akan menjawab tujuh soalan penting mengenai hati nurani:

• Apakah yang boleh mengancam hati nurani kita?

• Bagaimanakah kita boleh melatih hati nurani sendiri?

• Bagaimanakah kita boleh bebas daripada hutang darah?

• Fikiran dan tindakan kita yang selaras dengan prinsip Bible menunjukkan apa tentang diri kita?

• Bagaimanakah kita dapat mengelak daripada melukai hati nurani orang lain?

• Kaum muda, bagaimanakah anda dapat tabah menanggung tentangan yang bertujuan untuk menggoyahkan kepercayaan anda?

• Apakah berkat yang akan diraih oleh mereka yang mengikut hati nurani yang dibimbing daya aktif Tuhan?

3. Bagaimanakah program ini membantu kita?

3 Dengan bantuan Yehuwa, kita dapat menentang usaha Syaitan untuk mencemari hati nurani kita. Melalui Bible dan organisasi-Nya, Bapa kita yang penyayang sedang memberitahu kita, “Inilah jalannya, ikutlah jalan ini!” (Yes. 30:21) Satu cara Yehuwa memberikan bimbingan sedemikian adalah melalui program ini. Jadi, buatlah aturan untuk hadir sepanjang program. Tumpukan sepenuh perhatian, dan fikirkan cara menerapkan maklumatnya dalam kehidupan anda. Bincangkan program ini bersama keluarga. Dengan menerapkan ajaran yang diterima, kita akan dikuatkan untuk terus memelihara ‘hati nurani yang murni’ dan tidak tersimpang oleh keseronokan dunia Syaitan yang tidak berkekalan.—1 Ptr. 3:16.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi