PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 5/13 ms. 1
  • Apakah yang Mendorong Kita untuk Menginjil?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah yang Mendorong Kita untuk Menginjil?
  • Kerja Teokratik Kita—2013
  • Bahan yang Berkaitan
  • “Kasihilah Sesama Manusia seperti Kamu Mengasihi Dirimu Sendiri”
    Menara Pengawal—2014
  • Adakah Anda ‘Mengasihi Orang Lain seperti Diri Sendiri’?
    Menara Pengawal—2015
  • ‘Kasihilah Yehuwa Tuhanmu’
    Menara Pengawal—2014
  • ‘Tuhan Itu Kasih’
    Nyanyilah kepada Yehuwa
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2013
km 5/13 ms. 1

Apakah yang Mendorong Kita untuk Menginjil?

1. Apakah kaitan antara kasih dan kerja penyebaran kita?

1 Menyebarkan berita baik Kerajaan Tuhan ialah kerja yang paling bermakna dewasa ini. Melalui kerja ini, kita menunjukkan bahawa kita mentaati dua perintah yang terpenting, iaitu mengasihi Yehuwa dan mengasihi orang lain. (Mrk. 12:29-31) Kasih mendorong kita untuk menginjil dengan bersemangat.—1 Yoh. 5:3.

2. Bagaimanakah kerja penyebaran membuktikan kasih kita kepada Yehuwa?

2 Kasih kepada Yehuwa: Kasih kepada sahabat kita yang tersayang, Yehuwa, menggerakkan kita untuk membela Dia. Sejak kira-kira 6,000 tahun yang lalu, Syaitan mula mencela Tuhan. (2 Kor. 4:3, 4) Oleh itu, orang percaya bahawa Tuhan ialah Tritunggal, Dia tidak mengambil berat tentang manusia, dan suka menyeksa orang berdosa dalam api neraka. Ramai orang bahkan menyimpulkan bahawa Tuhan tidak wujud. Itulah sebabnya kita mahu orang mengetahui kebenaran tentang Tuhan! Dengan bergiat dalam kerja penyebaran, kita dapat menggembirakan Yehuwa dan mematahkan serangan Syaitan.—Ams. 27:11; Ibr. 13:15, 16.

3. Bagaimanakah kerja penyebaran membuktikan kasih kita kepada orang lain?

3 Kasih kepada Orang Lain: Setiap kali kita memberikan kesaksian, kita menunjukkan kasih kepada orang lain. Orang sangat memerlukan berita baik terutamanya pada hari-hari terakhir. Ramai orang seperti penduduk Niniwe pada zaman Yunus. Mereka “tidak tahu membezakan apa yang baik dan apa yang jahat.” (Yun. 4:11) Melalui kerja penyebaran, kita mengajar orang cara hidup yang bahagia dan memberi mereka harapan. (Yes. 48:17-19; Rm. 15:4) Jika mereka mendengar dan bertindak selaras dengan apa yang dipelajari, mereka “akan diselamatkan.”—Rm. 10:13, 14.

4. Apakah yang tidak akan dilupakan oleh Yehuwa?

4 Anak yang baik menunjukkan kasih kepada ibu bapanya pada setiap masa. Begitu juga dengan kita. Kasih yang mendalam terhadap Yehuwa dan orang lain akan mendorong kita untuk memberikan kesaksian pada setiap masa, bukan sahaja pada masa yang dijadualkan untuk menginjil. Kita tidak akan berhenti mengkhabarkan berita baik. (Kis. 5:42) Yehuwa tidak sekali-kali akan melupakan kasih sedemikian.—Ibr. 6:10.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi