PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 11/13 ms. 3
  • Siri Rencana yang Membantu Kita semasa Menginjil

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Siri Rencana yang Membantu Kita semasa Menginjil
  • Kerja Teokratik Kita—2013
  • Bahan yang Berkaitan
  • Siri Rencana Baru untuk Memulakan Pembelajaran Bible
    Kerja Teokratik Kita—2010
  • Adakah Anda Menggunakan Majalah Tempatan dengan Sebaik-baiknya?
    Kerja Teokratik Kita—2008
  • Tip Laman Web
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2023
  • Rencana Sampingan dalam “Menara Pengawal”
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2023
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2013
km 11/13 ms. 3

Siri Rencana yang Membantu Kita semasa Menginjil

1. Apakah dua tujuan siri rencana “Perbualan dengan Jiran”?

1 Dari masa ke masa, majalah umum mengandungi siri rencana “Perbualan dengan Jiran.” Siri rencana ini mempunyai dua tujuan—menyampaikan ajaran Bible dalam cara yang dapat menarik minat orang dan membantu kita membincangkan topik-topik tertentu dengan bijak. (1 Ptr. 3:15) Bagaimanakah kita dapat memanfaatkannya?

2. Bagaimanakah kita boleh menggunakan siri rencana ini semasa menginjil?

2 Gunakan semasa Menginjil: Anda boleh menyimpan beberapa salinan majalah umum yang mengandungi siri rencana ini. Jika soalan atau bantahan yang diajukan oleh penghuni rumah, orang yang berminat, atau pelajar Bible pernah diterbitkan dalam siri rencana ini, berilah salinan rencana itu kepadanya dan bincangkan maklumat itu bersama-sama. Jika anda tidak mempunyai salinan bercetak daripada majalah yang mengandungi siri rencana ini, anda boleh memuat turun daripada jw.org.

3. Bagaimanakah anda boleh mengadakan perbincangan dengan menggunakan siri rencana ini?

3 Bagaimanakah anda boleh mengadakan perbincangan dengan menggunakan siri rencana ini? Ada yang menjemput penghuni rumah membaca dialog sebagai jiran, manakala penyiar membaca dialog sebagai Saksi. Cara ini mungkin berkesan kerana seseorang berpeluang menilai kepercayaan kita tanpa berasa tertekan.—Ul. 32:2.

4. Bagaimanakah kita boleh menggunakan siri rencana ini untuk melatih diri?

4 Melatih Diri dan Orang Lain: Semasa membaca siri rencana ini, berikan tumpuan pada ayat Bible, perumpamaan, dan cara suatu isi dijelaskan. Perhatikan cara maklumat itu disampaikan. Kemudian, cuba guna pendekatan yang sama semasa menginjil. (Ams. 1:5; 9:9) Seorang saudari berkata, “Semasa membaca siri rencana ini, saya rasa seperti sedang diajar oleh seorang perintis yang ‘sangat mahir,’ yang selalu tahu apa yang patut dikatakan!”

5. Bagaimanakah kita dapat membantu pelajar Bible membuat persediaan untuk menginjil?

5 Anda juga boleh menggunakan siri rencana ini dalam membantu pelajar Bible membuat persediaan untuk menginjil. Baca maklumat itu bersama-sama, biar mereka mainkan peranan sebagai penyiar. Dengan demikian, pelajar Bible boleh berlatih cara untuk menjelaskan kepercayaannya dengan penuh kebijaksanaan. (Kol. 4:6) Sememangnya, siri rencana ini merupakan salah satu cara Yehuwa membantu kita untuk melaksanakan kerja penyebaran “dengan sebaik-baiknya.”—2 Tim. 4:5.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi