PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 12/13 ms. 1-3
  • Mempersiapkan Pengenalan yang Berkesan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Mempersiapkan Pengenalan yang Berkesan
  • Kerja Teokratik Kita—2013
  • Bahan yang Berkaitan
  • Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Mempersiapkan Kata-kata Pengenalan
    Kerja Teokratik Kita—2014
Kerja Teokratik Kita—2013
km 12/13 ms. 1-3

Mempersiapkan Pengenalan yang Berkesan

1. Mengapakah penting untuk membuat pengenalan yang baik?

1 Pembuka selera yang enak membuatkan kita tidak sabar menantikan makanan yang bakal dihidangkan. Begitu juga, pengenalan yang baik dapat membuka selera pendengar untuk perbincangan Bible yang menarik. Pengenalan yang berkesan mungkin berbeza dari segi kandungannya, tetapi seperti makanan yang sedap, pengenalan yang berkesan memerlukan persediaan yang baik. (Ams. 15:28) Bagaimanakah kita dapat menjadikan pengenalan itu berkesan?

2. Bagaimanakah kita dapat menyediakan pengenalan yang dapat menarik minat?

2 Pilihlah Topik yang Menarik: Pengenalan kita hendaklah membangkitkan minat agar penghuni rumah mahu meneruskan perbualan. Jadi, semasa membuat persediaan, fikirkan topik yang menarik minat orang tempatan. Adakah mereka berminat tentang kerajaan yang baik, kehidupan keluarga yang bahagia, atau akhir bagi peperangan? Biasanya orang suka memberikan pendapat, jadi persiapkanlah soalan yang dapat menggugah fikiran mereka. Dapatkah anda menggunakan salah satu contoh penyampaian daripada Kerja Teokratik Kita, dan sesuaikan dengan kawasan penyebaran anda? Bolehkah anda berlatih beberapa pengenalan semasa malam Penyembahan Keluarga?

3. Bagaimana kita boleh menyesuaikan pengenalan kita dengan budaya dan latar belakang orang di kawasan penyebaran?

3 Fikirkan Budaya dan Latar Belakang: Di beberapa tempat, kita diminta untuk menjelaskan tujuan kunjungan kita dari awal lagi. Di tempat lain, seorang pelawat dianggap tidak sopan jika dia tidak menanya khabar terlebih dahulu, atau berkongsi beberapa maklumat peribadi dengan penghuni rumah. Di sesetengah kawasan di mana penghuninya beragama Kristian, gunakanlah Bible dalam pengenalan kita. (Kis. 2:14-17) Namun, bagi orang yang beragama lain atau yang tidak beragama, sebutlah tentang Bible semasa membuat kunjungan kembali dan bukannya semasa kunjungan pertama.—Kis. 17:22-31.

4. Apakah yang perlu kita perhatikan dalam kata-kata pembuka bagi pengenalan kita?

4 Kata-kata Pembuka: Sediakan kata-kata pembuka anda dengan sebaik-baiknya. Ayat yang pendek dan ringkas adalah lebih baik. Cara kita menyampaikan kata-kata pembuka juga sangat penting. Sampaikan dengan bersemangat. Tunjukkan minat peribadi terhadap penghuni rumah dengan memberikan senyuman yang ikhlas dan mesra. Dengan mengikuti cadangan ini, kita dapat mempersiapkan pengenalan yang menarik minat serta menggalakkan orang di kawasan penyebaran kita untuk ‘makan di meja Yehuwa.’—1 Kor. 10:21.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi