Cadangan Penyampaian
Di Manakah Jawapan bagi Soalan Penting dalam Hidup?
Hulurkan risalah kepada penghuni rumah agar dia dapat melihat tajuk. Anda boleh berkata, “Kami sedang menyertai kempen sedunia untuk mengedarkan mesej penting ini. Risalah ini untuk anda.”
Jika anda meninggalkan risalah bagi penghuni yang tiada di rumah, tinggalkanlah risalah di tempat yang tidak mudah dilihat oleh orang lain. Jika boleh, elakkan daripada melipatkannya.
Jika penghuni menunjukkan minat atau sudi bercakap, anda boleh menanya pendapatnya tentang soalan aneka pilihan yang terdapat di muka depan risalah. Buka risalah dan tunjukkan Mazmur 119:144, 160. Jelaskan bahawa risalah ini mengandungi maklumat tentang laman web yang dapat membantunya mencari jawapan yang memuaskan dalam Bible. Anda mungkin boleh menunjukkan video Mengapa Belajar Bible? Sebelum anda beredar, tunjukkan tiga soalan di belakang risalah dan tanya mana satu soalan yang diminatinya. Buat aturan untuk kembali bagi menunjukkan cara mencari jawapannya daripada Bible dengan menggunakan jw.org. Apabila anda kembali, bincangkan jawapannya dengan melihat bahagian BIBLE TEACHINGS > BIBLE QUESTIONS ANSWERED.
Jika anda juga mengedarkan jemputan konvensyen, hulurkan risalah kepada penghuni rumah dan pada masa yang sama berikan jemputan. Anda boleh berkata, “Kami juga menjemput anda untuk menghadiri acara yang akan diadakan tidak lama lagi.”
Majalah Umum—Julai hingga September
Pada hujung minggu, tawarkan majalah umum jika sesuai. Anda boleh berkata, “Kami juga ingin tawarkan majalah terbaru kepada kamu. Majalah ini menjawab soalan, ‘Mengapa perkara buruk terjadi kepada orang baik?’”