Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Bercakap tentang Kerajaan Tuhan dengan Yakin
Mengapa Penting: Kita perlu bercakap dengan yakin tentang Kerajaan Tuhan agar dapat mematuhi arahan di 2 Timotius 1:7, 8. Bagaimanakah kita dapat berbuat demikian?
Caranya:
• Pupuk sifat empati. (Flp. 2:4) Banyak orang tertekan dengan keadaan dunia atau masalah peribadi. Sifat empati akan mendorong kita untuk memberitahu mereka tentang Kerajaan Tuhan.
• Bawalah beberapa risalah sebelum keluar dari rumah.
Cubalah Bulan Ini:
• Fikirlah siapa yang dapat anda berikan kesaksian. Berdoalah kepada Yehuwa untuk keberanian dan peluang untuk memberikan kesaksian.