PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 9/14 ms. 2
  • Contohilah Para Nabi—Nahum

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Contohilah Para Nabi—Nahum
  • Kerja Teokratik Kita—2014
  • Bahan yang Berkaitan
  • Rangka Nahum
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • Tahukah Anda?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2021
Kerja Teokratik Kita—2014
km 9/14 ms. 2

Contohilah Para Nabi—Nahum

1. Apakah yang kita pelajari daripada buku Nahum?

1 Nubuat Nahum mengenai keruntuhan kota Niniwe pada zaman kuno membuktikan bahawa Yehuwa membalas kejahatan musuh-Nya. Bahkan musuh yang paling kejam pun tidak dapat menentang-Nya. (Nah. 1:2, 6) Dengan merenungkan nubuat Nahum, kita akan dibantu dalam kerja penyebaran.

2. Bagaimanakah kita dapat mengekalkan mesej kita positif?

2 Memberikan Kelegaan dan Harapan: Secara umum, buku Nahum hanya mengenai pengumuman pembinasaan Niniwe, ibu kota Asyur. (Nah. 1:1; 3:7) Namun, pengumuman ini ialah berita baik bagi umat Yehuwa. Nama Nahum yang bererti ‘Penghibur,’ meyakinkan orang Yahudi bahawa musuh mereka akan dihapuskan! Kemudian, Nahum meyakinkan bahawa Yehuwa akan ‘melindungi umat-Nya pada masa susah.’ (Nah. 1:7) Semasa menginjil, kita juga menyebarkan berita baik dan menggalakkan orang lain untuk mencari perlindungan Yehuwa.—Nah. 1:15.

3. Bagaimanakah kita boleh meniru Nahum semasa menggunakan contoh dan perumpamaan?

3 Guna Contoh dan Perumpamaan: Yehuwa mengilhami Nahum untuk membandingkan kehancuran Niniwe dengan kota Tebe di Mesir yang telah dibinasakan oleh Asyur. (Nah. 3:8-10) Semasa memberitahu orang tentang akhir sistem dunia ini, kita boleh menonjolkan nubuat Bible yang membuktikan bahawa setiap perincian dalam nubuat Yehuwa akan menjadi kenyataan. Misalnya, apabila orang Babilon dan Media menyerang kota Niniwe pada 632 SM, hujan lebat telah menyebabkan Sungai Tigris banjir dan meruntuhkan sebahagian daripada tembok kota yang kukuh. Seperti yang dinubuatkan Yehuwa, kota Niniwe segera ditawan.—Nah. 1:8; 2:6.

4. Bagaimanakah kita dapat menyampaikan berita dengan jelas dan mudah difahami?

4 Jelas dan Mudah Difahami: Kata-kata Nahum ditulis secara terperinci, menarik, dan jelas. (Nah. 1:14; 3:1) Begitu juga, kita ingin menggunakan bahasa yang mudah difahami. (1 Kor. 14:9) Semasa kunjungan pertama, jelaskan tujuan kedatangan anda. Sewaktu mengadakan pembelajaran Bible, bantulah mereka memupuk iman kepada Yehuwa dan Firman-Nya, serta cara menerapkan prinsip Bible dalam hidup.—Rm. 10:14.

5. Apakah keyakinan yang kita peroleh daripada nubuat Nahum?

5 Buku Nahum jelas menunjukkan bahawa dia yakin nubuat Yehuwa pasti menjadi kenyataan. Seraya akhir sistem Syaitan semakin mendekat, kita berasa lega kerana Yehuwa “tidak perlu membalas dendam-Nya sampai dua kali terhadap musuh-Nya.”—Nah. 1:9.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi