Menggunakan jw.org semasa Aktiviti Penyebaran
Laman web kita berguna untuk menyebarkan berita baik “sampai ke hujung bumi.” (Kis. 1:8) Biasanya penghuni rumah tidak tahu mencari laman web kita. Mereka hanya mengetahuinya setelah ditunjukkan oleh seorang penyiar.
Seorang penyelia litar memuat turun video Mengapa Belajar Bible? dalam telefonnya. Jika ada peluang, dia akan menunjukkannya kepada orang. Misalnya, semasa menginjil dari rumah ke rumah, dia berkata, “Saya buat kunjungan singkat untuk bantu orang mencari jawapan bagi tiga soalan penting: Mengapa dunia ini banyak masalah? Bagaimana Tuhan akan menyelesaikannya? Bagaimana kita dapat menghadapinya sekarang? Video singkat ini menjelaskan soalan tersebut.” Dia memainkan video dan melihat reaksi penghuni rumah. Video itu begitu menarik sehingga kebanyakan orang menontonnya sampai akhir. Kemudian, penyelia litar berkata, “Seperti yang kamu dengar, kamu boleh memohon pembelajaran Bible melalui laman web kami. Saya boleh tunjukkan cara pembelajaran diadakan.” Jika penghuni rumah setuju, dia akan menggunakan brosur Berita Baik. Jika penghuni rumah sibuk, dia membuat aturan untuk kembali. Semasa berehat di kedai kopi, dia bertegur sapa dengan orang yang duduk berdekatan lalu mengatakan hal yang sama. Adakah anda menggunakan jw.org semasa aktiviti penyebaran?