Menggunakan jw.org semasa Aktiviti Penyebaran—“Jadilah Sahabat Yehuwa”
Laman web jw.org mengandungi siri video bagi kanak-kanak yang bertajuk “Jadilah Sahabat Yehuwa.” Sudahkah anda menggunakannya dalam kerja penyebaran? Tunjuklah video ini semasa mengajar Bible kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Anda mungkin mendorong mereka untuk melayari laman web kita.
Seorang saudara telah mengedarkan Berita Kerajaan Tuhan No. 38 kepada seorang wanita. Wanita itu segera membaca risalah tersebut. Saudara kita melihat bahawa anak-anak wanita itu juga ingin tahu tentang risalah itu. Dia menjelaskan maklumat dalam risalah dan memperkenalkan laman web kita. Dia juga mengambil peluang untuk memainkan video Johan kepada wanita itu dan anak-anaknya dengan menggunakan telefon pintarnya.
Seorang saudari memberitahu rakan sekerjanya bahawa laman web kita mengandungi maklumat mengenai keluarga. Selepas itu, rakan sekerja itu dan anak-anaknya melayari laman web kita. Kemudian, dia memberitahu saudari kita bahawa anaknya asyik menyanyikan lagu daripada “Jadilah Sahabat Yehuwa” yang bertajuk “Khabarkan Berita Tuhan” (Preach the Word).
Gunakanlah bahan-bahan dalam laman web kita. Anda boleh muat turun lagu dan video dalam alat elektronik agar dapat digunakan semasa kerja penyebaran. Sememangnya, bahan ini dapat membantu kita mengabdikan diri kepada Tuan!—Kis. 20:19.