Galakkan Satu Sama Lain dengan Bersemangat untuk Berbuat Baik
Ibrani 10:24 berkata, ‘Marilah kita saling memberikan dorongan untuk memperlihatkan kasih dan melakukan perbuatan yang baik.’ Teladan, kata-kata, dan pengalaman baik kita dapat mendorong rakan seiman. Biarlah mereka melihat bahawa berkhidmat kepada Yehuwa ialah sesuatu yang menggembirakan. Janganlah membandingkan mereka dengan anda atau orang lain agar mereka tidak berasa bersalah. (Gal. 6:4) Gunakanlah kebolehan anda untuk mendorong mereka ‘memperlihatkan kasih dan berbuat baik.’ (Lihat buku Sekolah Penyebaran-IN, ms. 158, per. 4.) Ya, kasih akan menggerakkan mereka untuk berbuat baik, seperti menginjil atau membantu orang yang serba kekurangan.—2 Kor. 1:24.