PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 5/15 ms. 2-3
  • Bantulah Orang Buta Mengenali Yehuwa

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bantulah Orang Buta Mengenali Yehuwa
  • Kerja Teokratik Kita—2015
  • Bahan yang Berkaitan
  • Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Menginjil kepada Orang Buta
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2020
  • Orang Farisi Menyoal Lelaki yang Dahulunya Buta
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Titik-Titik yang Mengubah Hidup
    Bagaimana Sumbangan Anda Digunakan
  • Yesus Menyembuhkan Seorang Lelaki yang Dilahirkan Buta
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2015
km 5/15 ms. 2-3

Bantulah Orang Buta Mengenali Yehuwa

1. Bagaimanakah Yesus menunjukkan belas kasihan terhadap orang buta?

1 Semasa Yesus meninggalkan Yerikho, dua orang pengemis buta berseru kepadanya, ‘Tuan, kasihanilah kami!’ Pada masa itu, Yesus runsing kerana dia bakal menghadapi banyak cabaran dan akan dibunuh oleh musuhnya. Namun, Yesus meluangkan masa untuk menyembuhkan mereka. (Mat. 20:29-34) Bagaimanakah kita dapat meniru belas kasihan Yesus?

2. Apakah caranya untuk memberikan kesaksian kepada orang buta?

2 Hulurkan Bantuan: Jika anda menemui orang buta, perkenalkanlah diri anda dan bantulah dia. Biasanya, orang mengambil kesempatan terhadap mereka. Jadi, mereka mungkin berasa curiga. Namun, keramahan dan keprihatinan anda dapat mengubah pandangan mereka. Memandangkan tahap masalah penglihatan mereka adalah berbeza, bantuan yang kita berikan juga harus sesuai dengan keperluan mereka. Selepas memberikan bantuan, beritahulah dia bahawa anda sedang melakukan kerja pendidikan Bible. Bacalah ayat seperti Mazmur 146:7, 8 atau Yesaya 35:5, 6 kepadanya. Jika dia tahu membaca Braille, tawarkanlah bahan bacaan Braille yang dapat membantu dia mempelajari Bible. Anda juga boleh membantu dia mendapatkan rakaman audio daripada jw.org. Jika komputernya mempunyai program pembaca skrin, dia boleh menggunakannya untuk membaca bahan bacaan dalam jw.org atau memuat turun bahan bacaan dalam format RTF (Rich Text Format).—Lihat kotak “Semasa Membantu Orang Buta . . .”

3. Bagaimanakah kita dapat mencari orang buta di kawasan penyebaran kita?

3 Carilah Orang Buta: Semasa menginjil dari rumah ke rumah, kita jarang menemui orang buta. Hal ini kerana mereka segan untuk bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Maka, anda harus berusaha untuk ‘mencari’ mereka. (Mat. 10:11) Jika anda mempunyai rakan sekerja atau rakan sekolah yang buta, ambillah inisiatif untuk bercakap dengan mereka. Jika kawasan penyebaran anda mempunyai sekolah bagi orang buta, berikanlah beberapa bahan bacaan Braille untuk diletakkan di perpustakaan sekolah itu. Adakah anda mengenali sesiapa yang mempunyai ahli keluarga yang buta? Adakah kawasan penyebaran anda mempunyai pertubuhan yang membantu orang buta atau pusat penjagaan orang buta? Jika ya, jelaskanlah kepada ahli keluarga orang buta, penyambut tetamu, atau pengurus pertubuhan tersebut bahawa Saksi-Saksi Yehuwa ingin membantu orang buta. Beritahulah mereka yang anda ingin membawa bahan bacaan Braille atau rakaman audio. Tunjukkanlah janji Tuhan dalam Bible yang menjelaskan bahawa orang buta akan melihat semula pada masa depan. Anda juga boleh memainkan video “Without It, I Would Feel Lost” daripada jw.org. Video ini menceritakan pengalaman seorang lelaki buta yang mendapat manfaat daripada membaca Bible Braille. Dengan menjelaskan tujuan kunjungan, anda berpeluang untuk melawat mereka yang buta secara individu.

4. Apakah pengajaran yang kita peroleh daripada pengalaman Janet?

4 Janet, seorang saudari buta, telah melawat pusat penjagaan yang didiami orang buta. Semasa bercakap dengan seorang wanita muda, Janet berkata, “Yesus pernah menyembuhkan orang buta. Dia juga akan berbuat demikian untuk semua orang yang buta.” Mereka membincangkan janji Tuhan di Wahyu 21:3, 4. Janet juga menjelaskan bagaimana Kerajaan Tuhan akan melaksanakan hal itu. Selepas mendengar penjelasannya, wanita itu berkata, “Saya tidak pernah mendengar orang buta bercakap begitu. Kebanyakan orang percaya bahawa orang menjadi buta kerana perbuatan mereka atau nenek moyang mereka.” Kemudian, Janet mengirim pautan Ajaran Bible menerusi e-mel kepada wanita itu. Hasilnya, wanita itu mempelajari Bible dengan Janet dua kali seminggu.

5. Apakah berkat yang akan kita nikmati jika kita meniru sifat Yesus?

5 Memang kita bukan seperti Yesus yang dapat menyembuhkan orang buta. Namun, kita dapat membantu mereka dan orang yang buta secara rohani untuk memahami kebenaran Bible. (2 Kor. 4:4) Seperti yang disebutkan tadi, Yesus menyembuhkan dua orang buta itu kerana dia “berasa kasihan” terhadap mereka. (Mat. 20:34) Jika kita meniru sifat Yesus, kita menikmati peluang untuk membantu mereka mengenali Yehuwa, Tuhan yang dapat menyembuhkan penglihatan mereka buat selama-lamanya.

Semasa Membantu Orang Buta . . .

  • Pandanglah dia sewaktu bercakap, tetapi jangan meninggikan suara anda. Walaupun mereka buta, pendengaran mereka biasanya baik.

  • Biarkanlah dia memegang bahagian siku anda agar dia dapat mengikuti anda apabila sedang berjalan. Beritahulah dia jika terdapat jalan yang tidak rata, tiang, tangga, atau perkara lain yang dapat mencederakannya.

  • Gunakanlah perkataan seperti “lihat” atau “tengok.” Orang buta juga menggunakan perkataan sebegini. Mereka “melihat” dengan menggunakan deria lain. Mereka dapat membayangkan apa yang anda katakan.

  • Adakanlah perbincangan di kawasan yang senyap. Biasanya, orang buta kurang selesa dengan keadaan yang bising kerana mereka susah mengetahui apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka.

  • Beritahulah mereka sebelum anda beredar agar mereka tidak bercakap seorang diri.

  • Jika orang buta yang menunjukkan minat tinggal di luar kawasan penyebaran anda, isilah borang Kunjungan Susulan (S-43) dan berikan kepada setiausaha sidang.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi