PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 8/15 ms. 2
  • “Kata-kata Tuhan Mesti Terukir pada Hatimu”

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • “Kata-kata Tuhan Mesti Terukir pada Hatimu”
  • Kerja Teokratik Kita—2015
  • Bahan yang Berkaitan
  • Aturan demi Manfaat Keluarga
    Kerja Teokratik Kita—2011
  • Rahsia Kebahagiaan Keluarga—Bahagian 2
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Penyembahan Keluarga​—Jadikannya Lebih Menyeronokkan
    Menara Pengawal—2014
  • Bantu Keluarga Anda untuk Ingat akan Yehuwa
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2017
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2015
km 8/15 ms. 2

“Kata-kata Tuhan Mesti Terukir pada Hatimu”

Ibu bapa bagaikan gembala. Mereka harus menjaga anak dengan baik kerana anak-anak mudah tersimpang dan terdedah kepada pelbagai serangan. (Ams. 27:23) Bagaimanakah ibu bapa dapat melaksanakan tanggungjawab ini? Mereka harus meluangkan masa untuk berbual dengan anak setiap hari agar dapat menyelami hati dan minda mereka. (Ams. 20:5) Ibu bapa juga harus membina iman anak dengan menggunakan bahan tahan api. (1 Kor. 3:10-15) Video “Kata-kata Tuhan Mesti Terukir pada Hatimu” menegaskan kepentingan untuk mengadakan penyembahan keluarga secara tetap. Tontonlah video ini dengan keluarga anda dan bincanglah soalan-soalan berikut.

(1) Apakah yang menyebabkan keluarga Saudara Roman hilang tumpuan rohani? (2) Mengapakah usaha Saudara Roman pada mulanya untuk mengadakan penyembahan keluarga tidak berjaya? (3) Apakah nasihat Bible yang dapat memberikan hasil yang terbaik dalam membesarkan anak? (Ul. 6:6, 7) (4) Apakah yang dapat membantu keluarga untuk berkomunikasi dengan lebih baik? (5) Apakah yang diperlukan oleh anak-anak daripada ibu bapa? (6) Bagaimanakah Saudara dan Saudari Barrow menjadi pengaruh yang positif bagi keluarga Saudara Roman? (Ams. 27:17) (7) Apakah persediaan yang harus dilakukan oleh ketua keluarga untuk menjayakan penyembahan keluarga? (8) Apakah yang dilakukan oleh Saudara Roman untuk membantu keluarganya? (9) Mengapakah penting untuk mengadakan penyembahan keluarga secara tetap? (Ef. 6:4) (10) Apakah cadangan praktikal bagi penyembahan keluarga yang terdapat dalam video ini? (11) Bagaimanakah Saudara Roman bersikap tenang tetapi pada masa yang sama bersikap tegas semasa membantu Markus memahami pentingnya untuk melakukan apa yang betul? (Yer. 17:9) (12) Bagaimanakah Saudara dan Saudari Roman membantu Rebekah membuat keputusan yang betul mengenai hubungannya dengan Justin? (Mrk. 12:30; 2 Tim. 2:22) (13) Bagaimanakah Saudara dan Saudari Roman memperlihatkan iman semasa menyederhanakan hidup mereka? (Mat. 6:33) (14) Bagaimanakah video ini menekankan kepentingan agar ketua keluarga membimbing keluarganya secara rohani? (1 Tim. 5:8) (15) Apakah tekad anda sebagai seorang ketua keluarga?

PERHATIAN KEPADA KETUA KELUARGA: Video ini berdasarkan pementasan drama konvensyen serantau pada tahun 2011. Pada masa itu, adakah anda mendapati mana-mana aspek penyembahan keluarga yang dapat dilakukan dengan lebih baik? Bagaimana pula dengan sekarang? Jika perubahan diperlukan, mohonlah bantuan Yehuwa agar anda dapat membuat penyesuaian demi manfaat keluarga anda.—Ef. 5:15-17.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi