Persiapan Diperlukan untuk Mengajar dengan Mahir
Meskipun diaju soalan yang sama tentang kehidupan kekal, Yesus tidak memberikan jawapan yang sama. Dia menyesuaikan jawapannya mengikut keperluan pendengarnya. (Luk. 10:25-28; 18:18-20) Jadi, walaupun kita sudah tahu maklumat dalam bahan pembelajaran Bible, kita harus membuat persiapan terlebih dahulu dan memikirkan keperluan pelajar kita. Apakah ajaran yang susah difahami atau diterimanya? Apakah ayat Bible yang patut dibacakan? Berapa banyakkah maklumat yang patut dibincangkan? Barangkali kita perlu menyediakan perumpamaan, penjelasan, atau soalan-soalan untuk membantunya memahami maklumat yang dipelajari. Memandangkan Yehuwalah yang menyebabkan benih kebenaran bertumbuh dalam hati seseorang, kita perlu memohon berkat-Nya atas persiapan yang kita lakukan, pelajar kita, serta usaha kita untuk membantunya secara rohani.—1 Kor. 3:6; Yak. 1:5.