HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | EZRA 6-10
Yehuwa Menginginkan Hamba yang Rela
Ezra membuat persediaan untuk kembali ke Yerusalem
Ezra mendapat kebenaran daripada Raja Artahsasta untuk kembali ke Yerusalem dan memajukan ibadat sejati
“Raja memberikan apa sahaja yang diminta oleh Ezra” untuk Rumah Yehuwa—emas, perak, gandum, wain, minyak, dan garam. Nilainya lebih daripada $100,000,000 dolar Amerika hari ini
Ezra yakin Yehuwa akan melindungi hamba-Nya
Perjalanan untuk kembali ke Yerusalem mencabar
Laluan yang mungkin diambil kira-kira 1,600 km (1,000 batu) melalui tempat yang berbahaya
Perjalanannya mengambil masa kira-kira 4 bulan
Mereka yang kembali memerlukan iman yang teguh, keberanian, dan semangat yang berkobar-kobar terhadap ibadat sejati
EZRA MEMBAWA . . .
Emas dan perak yang beratnya lebih daripada 750 talenta. Seberat kira-kira 3 ekor gajah Afrika yang dewasa!
CABARAN YANG DIHADAPI SEPANJANG PERJALANAN . . .
Perompak, merentasi padang gurun, hidupan liar yang berbahaya