PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb16 April ms. 3
  • Menggalakkan dan Menguatkan Orang dengan Kata-Kata yang Membina

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Menggalakkan dan Menguatkan Orang dengan Kata-Kata yang Membina
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2016
  • Bahan yang Berkaitan
  • “Aku Akan Tetap Setia kepada Tuhan!”
    Tirulah Iman Mereka
  • Yehuwa Menyembuhkan Kesakitannya
    Tirulah Iman Mereka
  • Yehuwa Gembira apabila Kita Berdoa untuk Orang Lain
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2016
  • Rangka Ayub
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Lihat Selanjutnya
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2016
mwb16 April ms. 3

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | AYUB 16-20

Menggalakkan dan Menguatkan Orang dengan Kata-Kata yang Membina

Nasihat yang diberikan sepatutnya menguatkan orang lain

16:4, 5

  • Ayub berasa murung dan terseksa, jadi dia memerlukan sokongan dan galakan daripada orang lain

  • Kata-kata tiga orang sahabat Ayub tidak melegakan hatinya. Sebaliknya, mereka menuduh Ayub dan membuatnya berasa lebih runsing

Kata-kata Bildad yang menyakitkan hati menyebabkan Ayub terseksa

19:2, 25

  • Ayub berseru kepada Tuhan meminta kelegaan. Dia bahkan ingin mati

  • Ayub bertumpu kepada harapan pembangkitan. Dia tetap tabah dan setia

Bildad dan Zofar melihat Elifas bercakap kepada Ayub

PARA PENUDUH AYUB

Elifas

Elifas:

  • Mungkin berasal dari Teman di tanah Edom. Menurut Bible, penduduk kota Teman dikatakan bijaksana.

  • Orang pertama yang bercakap ialah Elifas. Dia mungkin yang tertua dan paling berpengaruh antara sahabat Ayub. Dia bercakap sebanyak tiga kali dan ucapannya lebih panjang daripada dua lelaki yang lain

Tuduhan palsu:

  • Mencela kesetiaan Ayub dan berkata bahawa Tuhan tidak percaya kepada umat-Nya (Ayb 4, 5)

  • Mengatakan bahawa Ayub angkuh, jahat, dan tidak takut akan Tuhan (Ayb 15)

  • Menuduh bahawa Ayub tamak, tidak adil, dan tidak berguna bagi Tuhan (Ayb 22)

Bildad

Bildad:

  • Keturunan Suah. Dia mungkin tinggal di pinggir sungai Efrat

  • Dia ialah orang kedua yang bercakap. Tiga ucapannya lebih pendek dan lebih tajam daripada ucapan Elifas

Tuduhan palsu:

  • Menuduh bahawa anak-anak Ayub berdosa dan patut dihukum. Dia juga menuduh Ayub tidak setia kepada Tuhan (Ayb 8)

  • Menuduh bahawa Ayub seorang pendosa (Ayb 18)

  • Menuduh bahawa kesetiaan manusia kepada Tuhan adalah sia-sia sahaja (Ayb 25)

Zofar

Zofar:

  • Orang Naamah yang mungkin datang dari kawasan barat laut negeri Arab

  • Dia ialah orang ketiga yang bercakap dan kata-katanya paling pedas. Dia hanya bercakap dua kali

Tuduhan palsu:

  • Menuduh bahawa Ayub bercakap kosong dan menyuruh Ayub untuk berhenti berbuat jahat (Ayb 11)

  • Mengatakan bahawa Ayub jahat dan suka melakukan dosa (Ayb 20)

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi