HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | MAZMUR 45-51
Yehuwa Tidak Akan Menolak Orang yang Remuk Hati
Mazmur 51 digubah oleh Daud setelah nabi Natan menegurnya kerana berzina dengan Batsyeba. Daud berasa amat bersalah dan dia dengan rendah hati mengakui dosanya.—2Sa 12:1-14.
Meskipun Daud telah berdosa, dia masih dapat pulih secara rohani
Sebelum Daud bertaubat dan mengakui dosanya, hati nuraninya menyebabkannya berasa terseksa
Hatinya hancur dan remuk kerana Tuhan tidak lagi berkenan kepadanya
Dia ingin sekali pulih secara rohani dan mendapat pengampunan Tuhan serta sukacita yang pernah dinikmatinya
Dengan rendah hati, Daud merayu agar Yehuwa membantunya memupuk ketaatan
Dia yakin bahawa Yehuwa akan mengampuninya