PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp20 No. 3 ms. 12
  • Cara Menunjukkan Kasih kepada Orang Lain

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Cara Menunjukkan Kasih kepada Orang Lain
  • Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • AYAT-AYAT SUCI MENYATAKAN
  • APA MAKSUD MENGASIHI ORANG LAIN
  • “Hendaklah Hidup Kamu Sentiasa Disertai Kasih”
    Hampirilah Yehuwa
  • Kasih—Sifat yang Bernilai
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2017
  • Bagaimanakah Kita Dapat Mengasihi Satu Sama Lain Secara Mendalam?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2023
  • Jangan Biar Kasih Anda Mendingin
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2017
Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
wp20 No. 3 ms. 12
Dalam perumpamaan Yesus, lelaki Samaria yang baik hati menuangkan minyak pada luka-luka seorang lelaki yang dipukul dan yang dibiarkan di tepi jalan.

Kasih mendorong kita untuk sentiasa mengutamakan kepentingan orang lain

Cara Menunjukkan Kasih kepada Orang Lain

Kita semua merupakan satu keluarga kerana kita ialah keturunan Adam. Maka, Tuhan mahu kita mengasihi dan menghormati satu sama lain. Namun, orang pada masa kini jarang menunjukkan sikap sebegini.

AYAT-AYAT SUCI MENYATAKAN

“Kamu mesti mengasihi orang lain sepertimana kamu mengasihi diri kamu sendiri.”​—IMAMAT 19:18.

“Teruslah mengasihi musuhmu.”​—MATIUS 5:44.

APA MAKSUD MENGASIHI ORANG LAIN

Perhatikan apa yang dikatakan oleh Tuhan tentang kasih di 1 Korintus 13:4-7:

“Kasih itu sabar dan baik hati.”

Fikirkan: Apakah perasaan anda apabila orang lain melayan anda dengan sabar dan baik hati, dan tidak segera naik marah semasa anda berbuat silap?

“Kasih tidak cemburu.”

Fikirkan: Apakah perasaan anda jika orang lain asyik curiga atau cemburu terhadap anda?

Kasih “tidak mementingkan diri sendiri.”

Fikirkan: Apakah perasaan anda apabila orang lain menghormati pendapat anda dan tidak berkeras dengan pendapat mereka?

“Kasih tidak menyimpan dendam apabila dilukai.”

Fikirkan: Tuhan rela mengampuni pendosa yang bertaubat. “Dia tidak akan sentiasa mengingati kesalahan kita, dan Dia tidak akan marah terhadap kita buat selama-lamanya.” (Mazmur 103:9) Kita berasa lega apabila orang lain mengampunkan kesalahan kita. Maka, kita seharusnya rela mengampuni mereka yang menyakiti hati kita.​—Mazmur 86:5.

“Kasih tidak bersukacita atas perkara yang salah.”

Fikirkan: Jika orang lain bersukacita semasa melihat kesusahan kita, adakah kita menyukainya? Pasti tidak. Jadi, kita pun tidak patut bersukacita semasa melihat orang lain ditimpa kesusahan, biarpun mereka pernah melayan kita dengan buruk.

Untuk menikmati berkat Tuhan, kita mesti mengasihi orang lain tanpa mengira latar belakang mereka. Salah satu cara untuk menunjukkan kasih adalah dengan membantu orang lain.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi