PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb17 Jun ms. 2
  • Adakah Iman Anda terhadap Janji-Janji Yehuwa Kukuh?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Adakah Iman Anda terhadap Janji-Janji Yehuwa Kukuh?
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2017
  • Bahan yang Berkaitan
  • Yosua 1:9—“Kuatkanlah dan Mantapkanlah Hatimu”
    Ayat Bible Dijelaskan
  • Matahari Berhenti Bergerak
    Buku Cerita Bible Saya
  • Pupuklah Sifat Kristian—Iman
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2017
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2017
mwb17 Jun ms. 2

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Adakah Iman Anda terhadap Janji-Janji Yehuwa Kukuh?

Yosua dan Salomo berkata bahawa Yehuwa tidak pernah mungkir janji. (Yos 23:14; 1Ra 8:56) Keyakinan mereka pasti menguatkan iman kita kepada Tuhan.​—2Ko 13:1; Tit 1:2.

Bagaimanakah Yehuwa mengotakan janji-Nya pada zaman Yosua? Selepas menonton drama ‘Tiada Satu Janji pun yang Dimungkiri’ bersama keluarga anda, bincangkan soalan ini: (1) Bagaimanakah anda dapat meniru iman Rahab? (Ibr 11:31; Yak 2:24-26) (2) Orang yang mengingkari Tuhan mendatangkan musibah. Bagaimanakah contoh Akhan membuktikan kenyataan ini? (3) Orang Gibeon ialah pahlawan yang handal. Jadi, mengapakah mereka memperdaya Yosua agar mereka dapat berdamai dengan orang Israel? (4) Bagaimanakah Yehuwa menunaikan janji-Nya apabila lima raja Amori mengancam orang Israel? (Yos 10:5-14) (5) Bagaimanakah Yehuwa membantu anda seraya anda mengutamakan Kerajaan-Nya dan apa yang benar di mata-Nya?​—Mt 6:33.

Dengan merenungkan perbuatan Yehuwa pada masa dahulu, sekarang, dan masa depan, iman kita terhadap janji-janji-Nya pasti menjadi lebih kukuh.​—Rm 8:31, 32.

Yosua

Adakah iman anda seteguh iman Yosua?

SOALAN UNTUK DIRENUNGKAN:

  • Nubuat manakah yang sedang menjadi kenyataan pada zaman sekarang?

  • Apakah nubuat yang ingin anda lihat menjadi kenyataan pada masa depan?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi