PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb17 Jun ms. 8
  • Bersukacitalah dalam Kerja Penyebaran

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bersukacitalah dalam Kerja Penyebaran
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2017
  • Bahan yang Berkaitan
  • Bagaimanakah Kerja Penyebaran Dijalankan?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Sukacita—Sifat daripada Tuhan
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2018
  • “Pergilah kepada Semua Bangsa dan Jadikanlah Mereka Pengikutku”
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Doa dan Perenungan—Penting bagi Penyebar yang Bersemangat
    Kerja Teokratik Kita—2010
Lihat Selanjutnya
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2017
mwb17 Jun ms. 8

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Bersukacitalah dalam Kerja Penyebaran

Ramai antara kita berasa susah untuk menginjil. Barangkali kita takut bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Sikap penghuni rumah yang acuh tak acuh atau garang juga dapat melemahkan semangat kita. Namun, Tuhan kita yang gembira ingin kita berkhidmat dengan sukacita. (Mz 100:2; 1Ti 1:11) Apakah tiga sebab untuk bersukacita dalam kerja penyebaran?

Pertama, mesej kita membawa harapan. Orang di dunia semakin putus harapan. Kita dapat memberitahu mereka “berita baik” tentang masa depan. (Yes 52:7) Berita ini juga dapat memberi kita sukacita. Maka sebelum menginjil, renungkan berkat yang akan dinikmati di bawah pemerintahan Kerajaan Tuhan.

Kedua, mesej kita membawa manfaat kepada orang dari segi fizikal dan rohani. Mereka yang menyambut mesej kita terdorong untuk meninggalkan perbuatan yang memudaratkan dan mendapat harapan kehidupan kekal. (Yes 48:17, 18; Rm 1:16) Kerja penyebaran ibarat kerja menyelamatkan orang. Ada yang menolak bantuan kita, tetapi kita akan terus mencari mereka yang ingin diselamatkan.​—Mt 10:11-14.

Sebab yang terpenting kita harus bersukacita adalah kerana kerja penyebaran memuliakan Yehuwa. Yehuwa amat menghargai usaha kita. (Yes 43:10; Ibr 6:10) Dia mengurniakan daya aktif-Nya dengan melimpah agar kita dapat melakukan kerja ini. Mohonlah agar Yehuwa memberi kita sukacita, iaitu hasil buah daya aktif Tuhan. (Ga 5:22) Dengan bantuan-Nya, kita dapat mengatasi perasaan takut dan menginjil dengan berani. (Kis 4:31) Maka, tidak kira apa sambutan orang, kita dapat bersukacita dalam kerja penyebaran.​—Yeh 3:3.

Memperlihatkan sikap yang positif atau negatif terhadap kerja penyebaran

Sikap manakah yang ingin anda perlihatkan? Bagaimanakah anda dapat menunjukkan anda gembira melakukan kerja penyebaran?

SILA LIHAT VIDEO MENGEMBALIKAN SUKACITA MELALUI PEMBELAJARAN BIBLE DAN PERENUNGAN. KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Mengapakah kita harus mengutamakan pembelajaran Bible peribadi meskipun kita meluangkan banyak masa dalam kerja penyebaran setiap bulan?

  • Bagaimanakah kita dapat meniru teladan Maria?

  • Bilakah masa yang anda tetapkan untuk merenungkan Firman Tuhan?

  • Apakah yang menyebabkan anda bersukacita dalam kerja penyebaran?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi