PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp20 No. 3 ms. 14-15
  • Diberkati oleh Pencipta Kita buat Selama-Lamanya

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Diberkati oleh Pencipta Kita buat Selama-Lamanya
  • Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
  • Bahan yang Berkaitan
  • Mukjizat Yesus​—Apa yang Dapat Anda Pelajari?
    Menara Pengawal—2004
  • Apakah yang Dapat Kita Belajar daripada Mukjizat Yesus?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2023
  • Dia Mengasihi Orang
    Menara Pengawal—2015
  • Kita Dapat Belajar tentang Tuhan Menerusi Para Utusan-Nya
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
wp20 No. 3 ms. 14-15
Orang daripada pelbagai latar belakang menikmati pergaulan di bumi firdaus.

‘Bumi akan mengeluarkan hasilnya, kerana Tuhan kita akan memberkati kita.’​—MAZMUR 67:6

Diberkati oleh Pencipta Kita buat Selama-Lamanya

Tuhan berjanji kepada Abraham bahawa salah seorang daripada keturunannya akan membawa berkat kepada “semua bangsa di bumi.” (Kejadian 22:18) Siapakah keturunan itu?

Hampir 2,000 tahun yang lalu, Tuhan telah memberi Yesus, seorang keturunan Abraham, kuasa untuk melakukan mukjizat. Hal itu menunjukkan bahawa berkat yang dijanjikan Tuhan kepada Abraham akan diterima oleh bangsa-bangsa melalui Yesus.​—Galatia 3:14.

Mukjizat yang dilakukan oleh Yesus membuktikan bahawa dialah yang dipilih oleh Tuhan untuk memberkati manusia. Mukjizat-mukjizat itu juga menunjukkan bagaimana Tuhan akan menggunakan Yesus untuk membawa berkat yang kekal kepada manusia. Perhatikan bagaimana mukjizat Yesus menunjukkan sifat-sifatnya.

Lemah Lembut​—Yesus menyembuhkan orang sakit.

Apabila seorang pesakit kusta merayu kepada Yesus untuk menyembuhkannya, Yesus menyentuhnya dan berkata, “Aku rela.” Dengan serta-merta, pesakit kusta itu sembuh.​—Markus 1:40-42.

Murah Hati​—Yesus memberikan makanan kepada orang yang lapar.

Lebih daripada sekali, Yesus memberikan makanan kepada ribuan orang dengan hanya menggunakan beberapa ketul roti dan beberapa ekor ikan. (Matius 14:17-21; 15:32-38) Selepas semua orang makan sehingga kenyang, masih terdapat banyak baki makanan.

Belas Kasihan​—Yesus membangkitkan orang mati.

Yesus “berasa kasihan” terhadap seorang balu yang kehilangan tempat bergantungnya, lalu membangkitkan anak tunggal balu itu.​—Lukas 7:12-15.

BERKAT YANG BERKEKALAN DI BUMI

Yesus telah menunjukkan bahawa Tuhan mempunyai kuasa untuk memberkati manusia. Tidak lama lagi, Yesus akan kembali seperti yang telah dijanjikannya. Pada masa itu, Tuhan akan menggunakan Yesus untuk melakukan mukjizat yang lebih hebat di serata bumi!

Bagaimanakah keadaan di bumi semasa Tuhan menunaikan janji-Nya kepada Abraham? Orang yang mengasihi dan menghormati Tuhan “akan memiliki bumi, dan mereka akan menikmati kebahagiaan dan kedamaian yang berlimpah-limpah.” (Mazmur 37:11) “Kematian tidak akan ada lagi. Ratapan, tangisan, dan kesakitan pun tidak akan ada lagi.”​—Wahyu 21:4.

Inginkah anda hidup kekal di bumi yang aman? Layarilah www.jw.org/ms untuk maklumat lanjut mengenai berkat yang akan diberikan oleh Tuhan menerusi pemerintahan Yesus.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi