HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | MATIUS 12-13
Perumpamaan tentang Gandum dan Lalang
Yesus menggunakan perumpamaan tentang gandum dan lalang untuk menunjukkan bagaimana dan bila dia akan mengumpulkan orang Kristian terurap yang tergolong sebagai “gandum.” Kerja menabur bermula pada 33 M.
‘Seorang lelaki menabur benih yang baik di ladangnya’
Penabur: Yesus Kristus
Benih baik ditabur: Pengikut Yesus diurapi dengan kuasa suci Tuhan
Ladang: Umat manusia di bumi
“Semasa semua orang tidur, musuhnya datang dan menabur benih lalang”
Musuh: Si Iblis
Semua orang tidur: Kematian para rasul
“Biarlah kedua-duanya tumbuh bersama sehingga musim menuai”
Gandum: Orang Kristian terurap
Lalang: Orang Kristian palsu
“Kumpulkan lalang terlebih dahulu . . . Selepas itu kumpulkan gandum”
Hamba/penuai: Malaikat
Lalang dikumpulkan: Orang Kristian palsu dipisahkan daripada orang Kristian terurap
Dikumpulkan ke dalam jelapang: Orang Kristian terurap dikumpulkan ke dalam sidang yang dimurnikan
Semasa musim menuai, apakah yang membezakan orang Kristian sejati daripada orang Kristian palsu?
Apakah yang saya pelajari daripada perumpamaan ini?