PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb18 Februari ms. 4
  • “Hormatilah Ibu Bapa Kamu”

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • “Hormatilah Ibu Bapa Kamu”
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2018
  • Bahan yang Berkaitan
  • Menghormati Ibu Bapa yang Tua
    Rahsia Kebahagiaan Keluarga
  • Apakah Maksud Menghormati Ibu Bapa Anda?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Keluaran 20:12—“Hormatilah Ibu Bapa Kamu”
    Ayat Bible Dijelaskan
  • Hormatilah Mereka yang Layak Dihormati
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2017
Lihat Selanjutnya
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2018
mwb18 Februari ms. 4

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

“Hormatilah Ibu Bapa Kamu”

Semasa di bumi, Yesus menekankan betapa pentingnya perintah ini: “Hormatilah ibu bapa kamu.” (Kel 20:12; Mt 15:4) Dia menunjukkan ketaatan kepada ibu bapanya semasa dia remaja. (Lu 2:51) Yesus juga mengatur agar ibunya terus dijaga dengan baik selepas kematiannya.​—Yoh 19:26, 27.

Kaum muda Kristian yang menghormati ibu bapa akan bersikap sopan dan mentaati mereka. Perintah untuk menghormati ibu bapa harus diikuti selagi kita hidup. Meskipun ibu bapa kita sudah berusia, kita boleh terus menunjukkan hormat dengan mendengar nasihat mereka. (Ams 23:22) Kita juga harus menjaga keperluan emosi mereka dan memberikan bantuan kewangan yang diperlukan. (1Ti 5:8) Sama ada kita tua atau muda, komunikasi yang baik dengan ibu bapa ialah satu cara untuk menunjukkan kita menghormati mereka.

SILA LIHAT ANIMASI PAPAN PUTIH BAGAIMANAKAH SAYA DAPAT BERKOMUNIKASI DENGAN IBU BAPA SAYA? KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Apakah yang mungkin menyebabkan anda berasa susah untuk berkomunikasi dengan ibu bapa?

  • Bagaimanakah anda menunjukkan hormat semasa bercakap dengan mereka?

    Seorang budak lelaki menulis sepucuk surat kepada ibu bapanya, bercakap dengan mereka, dan bermain bola sepak dengan bapanya
  • Apakah manfaatnya jika anda berusaha untuk berkomunikasi dengan mereka? (Ams 15:22)

    Ibu bapa membantu anak untuk menangani masalah yang mungkin timbul

    Komunikasi dengan ibu bapa dapat membantu anda berjaya dalam kehidupan

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi