PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb18 Mac ms. 7
  • “Teruslah Berjaga-jaga”

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • “Teruslah Berjaga-jaga”
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2018
  • Bahan yang Berkaitan
  • Adakah Anda akan ‘Terus Berjaga-jaga’?
    Menara Pengawal—2015
  • Perumpamaan 10 Anak Dara dan Sikap Berjaga-jaga
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Adakah Anda Mendengarkan Amaran Yesus?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2024
  • Orang Jahat Itu Disingkapkan
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2019
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2018
mwb18 Mac ms. 7
Sepuluh anak dara dalam perumpamaan Yesus

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | MATIUS 25

“Teruslah Berjaga-jaga”

25:1-12

Meskipun perumpamaan Yesus tentang 10 anak dara ditujukan kepada pengikutnya yang terurap, pengajarannya juga dapat diterapkan oleh semua orang Kristian. (w15 15/3 12-16) “Teruslah berjaga-jaga, kerana kamu semua tidak tahu hari atau waktunya.” (Mt 25:13) Dapatkah anda menjelaskan perumpamaan Yesus?

  • Pengantin lelaki (ayat 1)​—Yesus

  • Anak dara yang bijaksana (ayat 2)​—Kaum terurap yang bersedia untuk melaksanakan tugas mereka dengan setia dan yang bersinar seperti cahaya sehingga akhir tiba (Flp 2:15)

  • Seruan: “Itu dia pengantin lelaki!” (ayat 6)​—Bukti tanda kehadiran Yesus

  • Anak dara yang bodoh (ayat 8)​—Orang Kristian terurap yang ingin menyambut kedatangan Pengantin Lelaki tetapi tidak berjaga-jaga dan tidak setia

  • Anak dara yang bijaksana enggan memberikan minyak (ayat 9)​—Selepas menerima meterai terakhir, kaum terurap yang setia tidak dapat membantu mereka yang tidak setia

  • “Pengantin lelaki sampai” (ayat 10)​—Yesus datang untuk membuat penghakiman sebelum kesengsaraan besar berakhir

  • Anak dara yang bijaksana mengikut pengantin lelaki ke majlis perkahwinan, lalu pintu ditutup (ayat 10)​—Yesus mengumpulkan orang Kristian terurap yang setia ke syurga, tetapi mereka yang tidak setia tidak menerima ganjaran

Perumpamaan ini tidak mengajar bahawa ramai orang terurap akan menjadi tidak setia dan perlu diganti. Sebaliknya, ini merupakan amaran kepada orang Kristian yang terurap. Mereka harus memilih untuk bersiap sedia dan berjaga-jaga. Yesus menggesa, “Pastikan bahawa kamu bersedia.” (Mt 24:44) Tidak kira apa harapan kita, Yesus ingin kita mempersiapkan hati untuk tetap berjaga-jaga dan berkhidmat dengan setia.

Bagaimanakah saya menunjukkan bahawa saya sedang berjaga-jaga?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi