PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb18 Ogos ms. 8
  • Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Melayari JW.ORG

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Melayari JW.ORG
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2018
  • Bahan yang Berkaitan
  • Carilah Nasihat Bijak untuk Kehidupan di JW.ORG
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2022
  • Di Manakah Jawapan bagi Soalan Penting dalam Hidup?
    Di Manakah Jawapan bagi Soalan Penting dalam Hidup?
  • Tip Pembelajaran
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2023
  • Pernahkah Anda Tertanya-tanya?
    Sedarlah!—2019
Lihat Selanjutnya
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2018
mwb18 Ogos ms. 8
Seorang saudara menggunakan kad jw.org untuk memperkenalkan jw.org kepada seorang lelaki

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran​—Melayari JW.ORG

MENGAPA PENTING: Semua bahan yang tersenarai dalam Bahan Utama untuk Mengajar memperkenalkan jw.org. Sebenarnya, tujuan utama kad jw.org dan risalah Di Manakah Jawapan bagi Soalan Penting dalam Hidup? adalah untuk menggalakkan orang menggunakan laman web kita. Dengan menggunakan jw.org, anda boleh menawarkan bahan dalam Bahan Utama untuk Mengajar dalam bentuk elektronik menerusi e-mel atau dengan berkongsi pautan. Cara ini sangat berguna semasa menginjil kepada orang yang bertutur dalam bahasa lain. Jika Bahan Utama untuk Mengajar tidak membincangkan topik yang ditanyakan, anda boleh menggunakan jw.org untuk mencari jawapannya. Ya, jika kita mahir melayari laman web ini, kita dapat menginjil dengan lebih berkesan.

CARANYA:

  • Seseorang menggunakan kad jw.org untuk melayari jw.org

    Gunakan tab “AJARAN BIBLE.” Sekiranya anda menginjil kepada ibu bapa yang ingin mendapatkan maklumat tentang cara membesarkan anak, sila lihat AJARAN BIBLE > PERKAHWINAN & KELUARGA.

  • Gunakan tab “BAHAN TERBITAN.” Sekiranya anda melakukan kesaksian tidak formal di sekolah dan ingin tunjukkan brosur Jawapan kepada 10 Pertanyaan Kaum Muda kepada rakan sekelas anda, sila lihat BAHAN TERBITAN > BUKU & BROSUR.

  • Gunakan tab “MENGENAI KAMI.” Sekiranya anda menginjil kepada rakan sekerja anda yang ingin mengetahui sedikit sebanyak tentang kepercayaan kita, sila lihat MENGENAI KAMI > SOALAN LAZIM.

SILA LIHAT VIDEO MELAYARI JW.ORG. KEMUDIAN, FIKIRKAN CARA ANDA DAPAT MENGGUNAKAN LAMAN WEB KITA UNTUK MEMBANTU:

  • orang yang tidak percaya Tuhan wujud

  • orang yang ditimpa tragedi

  • saudara atau saudari yang tidak aktif

  • kunjungan kembali kita yang ingin mengetahui bagaimana kerja kita dibiayai

  • orang asing yang ingin menghadiri perjumpaan di negara asalnya

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi