HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | KISAH 25-26
Paulus Minta Diadili Kaisar dan Menginjil kepada Raja Agripa
Sememangnya kita tidak perlu terlalu khuatir semasa “dihadapkan kepada gabenor dan raja.” Tetapi, kita masih mahu “bersedia untuk membela diri” apabila seseorang menuntut penjelasan tentang kepercayaan kita. (Mt 10:18-20; 1Pt 3:15) Jika para penentang “menimbulkan masalah dengan menggunakan undang-undang,” bagaimanakah kita dapat meniru teladan Paulus?—Mz 94:20.
Kita mahu menggunakan undang-undang untuk mempertahankan berita baik.—Kis 25:11
Kita tetap menunjukkan hormat semasa bercakap kepada pihak berkuasa.—Kis 26:2, 3
Jika sesuai, kita ingin menjelaskan bagaimana berita baik telah membantu kita dan orang lain.—Kis 26:11-20