HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | ROMA 9-11
Perumpamaan tentang Pokok Zaitun
Apakah yang dilambangkan oleh setiap bahagian pokok zaitun kiasan ini?
Pokok: pelaksanaan tujuan Tuhan berkenaan perjanjian Abraham
Batang pokok: Yesus, iaitu bahagian pertama keturunan Abraham
Cabang-cabang: jumlah lengkap bagi bahagian kedua keturunan Abraham, iaitu 144,000 orang
Cabang pokok yang “dikerat”: bangsa Yahudi yang telah menolak Yesus
Cabang pokok yang “dicantumkan”: orang Kristian terurap daripada pelbagai bangsa
Seperti yang dinubuatkan, keturunan Abraham, iaitu Yesus dan 144,000 orang yang terurap, akan membawa berkat kepada “bangsa-bangsa lain.”—Rm 11:12; Kej 22:18
Apakah yang saya pelajari tentang Yehuwa melalui cara Dia melaksanakan tujuan-Nya bagi keturunan Abraham?