HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | 2 KORINTUS 7-10
Tugas “untuk Membantu Umat Suci Tuhan”
Khidmat orang Kristian merangkumi dua tugas. Pertama, mereka menginjil dan mengajar agar dapat “membantu orang lain berbaik semula dengan [Tuhan].” Kedua, mereka juga “membantu umat suci Tuhan.” (2Ko 5:18-20; 8:4) Maka, membantu rakan seiman yang dalam kesusahan ialah sebahagian daripada khidmat suci kita. Dengan itu, kita
memberikan ‘bantuan secara melimpah’ kepada rakan seiman.—2Ko 9:12a
membantu mereka yang menderita untuk bergiat semula dalam aktiviti rohani, seperti dalam kerja penyebaran. Maka mereka dapat mengungkapkan rasa syukur kepada Yehuwa.—2Ko 9:12b
memuliakan Yehuwa. (2Ko 9:13) Dengan membantu mangsa bencana, kita dapat memberikan kesaksian kepada semua orang, termasuk mereka yang berpandangan negatif terhadap Saksi-Saksi Yehuwa