PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb19 Jun ms. 7
  • Pilihlah Hiburan dengan Bijak

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Pilihlah Hiburan dengan Bijak
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2019
  • Bahan yang Berkaitan
  • Pilih Hiburan yang Menyenangkan Hati Yehuwa
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Cara untuk Memilih Hiburan yang Sihat
    Bernaunglah Di Bawah Kasih Tuhan
  • Cara Memilih Hiburan yang Sihat
    Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan
  • Sembahlah Yehuwa Sahaja
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2019
Lihat Selanjutnya
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2019
mwb19 Jun ms. 7

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Pilihlah Hiburan dengan Bijak

Mengapakah kita harus memilih hiburan dengan bijak? Hal ini kerana pilihan kita menentukan apa yang akan diisikan ke dalam minda kita. Tidak kira wayang, lagu, buku, laman web, atau permainan video, semua ini dapat mempengaruhi kelakuan kita. Namun, kebanyakan hiburan pada hari ini mengandungi unsur-unsur yang dibenci Yehuwa. (Mz 11:5; Ga 5:19-21) Oleh itu, Bible menggesa kita untuk terus memikirkan hal-hal yang memuliakan Yehuwa.​—Flp 4:8.

SILA LIHAT VIDEO APAKAH JENIS HIBURAN YANG SEHARUSNYA SAYA PILIH? KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Pertarungan gladiator pada zaman Roma

    Apakah persamaan antara gladiator pada zaman Roma dengan hiburan hari ini?

  • Seorang perintis menginjil bersama seorang saudara muda

    Bagaimanakah ahli sidang dapat membantu kaum muda untuk memilih hiburan dengan bijak?

  • Seorang askar

    Bagaimanakah Roma 12:9 dapat membantu kita semasa memilih hiburan?

  • Para Saksi muda bermain bola sepak

    Berikan contoh hiburan yang sihat di kawasan anda.

APAKAH HIBURAN YANG ANDA NIKMATI?

Kebanyakan hiburan hari ini menggalakkan orang untuk menonton atau membaca tentang kegiatan orang lain. Apabila kita menikmati wayang, buku, dan rancangan TV, kita sedang dihiburkan oleh idea orang lain. Hiburan sebegini tidaklah salah. Tetapi anda akan meraih lebih banyak manfaat jika anda melibatkan diri dalam aktiviti riadah, dan bukan sekadar menjadi penonton. Contohnya, ada yang suka bermain alat muzik, melukis, bersukan, berkhemah, atau pergi mengembara. Tidak kira apa pilihan kita, semoga kita terus melakukan “semuanya untuk memuliakan Tuhan.”​—1Ko 10:31.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi