KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Seberapa Dalamkah Penghargaan Anda terhadap Firman Tuhan?
Bible mengandungi fikiran dan kata-kata Tuhan Yehuwa, Pengarang buku suci ini. (2Pt 1:20, 21) Bible menonjolkan cara kedaulatan Yehuwa akan ditegakkan, iaitu menerusi Kerajaan-Nya. Selain itu, Bible juga menawarkan harapan masa depan kepada umat manusia. Menerusi Bible, kita juga dapat mengenali sifat pengasih Bapa kita di syurga, Yehuwa.—Mz 86:15.
Kita mempunyai sebab tersendiri yang mendorong kita untuk menghargai Firman Yehuwa. Namun, adakah kita menunjukkan bahawa kita menghargai kurniaan ini dengan membaca Bible setiap hari dan menerapkannya dalam hidup? Semoga perbuatan kita membuktikan bahawa kita juga memiliki perasaan yang sama seperti pemazmur ini yang mengatakan, “Aku sangat mencintai hukum-Mu!”—Mz 119:97.
SILA LIHAT VIDEO MEREKA MENGHARGAI BIBLE—SEDUTAN (WILLIAM TYNDALE). KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
Mengapakah William Tyndale menterjemahkan sesetengah bahagian Bible?
Mengapakah usahanya untuk menterjemahkan Bible sangat menakjubkan?
Bagaimanakah salinan Bible Tyndale diseludupkan ke dalam England?
Bagaimanakah kita menunjukkan bahawa kita menghargai Firman Tuhan?