KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Bersikap Rendah Hati semasa Dipuji
Kadangkala, orang lain mungkin memuji kita. Kita digalakkan apabila mereka memuji kita dengan ikhlas. (Ams 15:23; 31:10, 28) Tetapi kita harus berhati-hati agar tidak bersikap sombong atau berasa diri kita lebih baik daripada orang lain.
SILA LIHAT VIDEO SETIA SEPERTI YESUS—SEMASA DIPUJI. KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
Kita mungkin akan dipuji kerana apa?
Bagaimanakah saudara saudari memuji Andy?
Mengapakah pujian mereka tidak sesuai dan melebih-lebih?
Apakah yang anda pelajari daripada sikap Andy terhadap pujian yang diberikan?