PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb20 Ogos ms. 3
  • Teguhkanlah Hati Anda seraya Akhir Semakin Dekat

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Teguhkanlah Hati Anda seraya Akhir Semakin Dekat
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2020
  • Bahan yang Berkaitan
  • Pupuklah Sifat Kristian—Keberanian
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2017
  • Tidak Susah untuk Menunjukkan Keberanian
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2021
  • Beranilah dan Mulakanlah Pekerjaan Anda
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2017
  • Bantulah Aku Jadi Berani
    Nyanyi dengan Gembira kepada Yehuwa
Lihat Selanjutnya
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2020
mwb20 Ogos ms. 3

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Teguhkanlah Hati Anda seraya Akhir Semakin Dekat

MENGAPA PENTING: Tidak lama lagi, keberanian dan keyakinan kita kepada Yehuwa akan diuji. Kesengsaraan besar akan bermula apabila agama palsu dimusnahkan. (Mt 24:21; Why 17:16, 17) Pada waktu yang susah itu, kita mungkin perlu menyebarkan mesej penghakiman. (Why 16:21) Kita juga akan menghadapi serangan Gog dari Magog. (Yeh 38:10-12, 14-16) Tetapi Yehuwa akan menyelamatkan kita “pada hari besar Tuhan Yang Maha Kuasa.” (Why 16:14, 16) Jika kita ingin menghadapi peristiwa-peristiwa yang bakal berlaku itu dengan berani, kita perlu membina iman yang teguh sekarang.

CARANYA:

  • Hidup selaras dengan taraf moral Yehuwa yang luhur.​—Yes 5:20

  • Terus beribadat bersama rakan seiman.​—Ibr 10:24, 25

  • Sedia mematuhi arahan daripada organisasi Yehuwa.​—Ibr 13:17

  • Renungkan bagaimana Yehuwa menyelamatkan umat-Nya pada zaman lampau.​—2Pt 2:9

  • Berdoa kepada Yehuwa dan percaya kepada-Nya.​—Mz 112:7, 8

SILA LIHAT VIDEO PERISTIWA-PERISTIWA YANG BAKAL MENGUJI KEBERANIAN KITA—SEDUTAN. KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Adegan daripada video ‘Peristiwa-Peristiwa yang Bakal Menguji Keberanian Kita.’ Di Dewan Perjumpaan, seorang saudari berasa bimbang setelah melihat senarai nama penyiar yang akan berpindah ke sidang baharu.

    Apakah cabaran yang dihadapi oleh sesetengah penyiar yang diminta untuk pergi ke sidang baharu?

  • Adegan daripada video ‘Peristiwa-Peristiwa yang Bakal Menguji Keberanian Kita.’ Saudari yang sama bercakap tentang senarai nama itu dengan dua saudari yang lain.

    Mengapakah keberanian dapat membantu kita untuk menunjukkan kepatuhan?

  • Adegan daripada video ‘Peristiwa-Peristiwa yang Bakal Menguji Keberanian Kita.’ Seorang budak lelaki berasa bimbang kerana membayangkan apa yang akan berlaku di Armagedon semasa membaca buku ‘Kerajaan Tuhan Kini Memerintah!’

    Mengapakah kita perlu menunjukkan keberanian sewaktu Armagedon?

  • Adegan daripada video ‘Peristiwa-Peristiwa yang Bakal Menguji Keberanian Kita.’ Yehosafat dan orang dari Yehuda tiba di medan perang dan mendapati bahawa semua musuh mereka sudah mati.

    Bersedialah sekarang agar dapat menghadapi peristiwa-peristiwa yang bakal menguji keberanian kita

    Apakah kisah Bible yang dapat menguatkan iman kita terhadap penyelamatan daripada Yehuwa?​—2Ta 20:1-24

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi