PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb20 September ms. 3
  • Jangan Menyebarkan Maklumat Palsu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Jangan Menyebarkan Maklumat Palsu
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2020
  • Bahan yang Berkaitan
  • “Orang Bodoh Percaya kepada Apa-Apa Sahaja”
    Menara Pengawal—2015
  • Adakah Anda Mengetahui Faktanya?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2018
  • Internet—Gunakannya dengan Bijak
    Menara Pengawal—2011
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2020
mwb20 September ms. 3

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Jangan Menyebarkan Maklumat Palsu

Seorang wanita yang sedang membeli-belah terkejut setelah melihat skrin telefonnya.

Dewasa ini, maklumat dapat disebarkan kepada jutaan orang dalam sekelip mata menerusi bahan cetakan, radio, televisyen, dan Internet. Kita menyembah Yehuwa, yang merupakan “sumber kebenaran,” maka kita tidak mahu menyebarkan maklumat palsu secara tidak sengaja. (Mz 31:5; Kel 23:1) Maklumat palsu membawa akibat buruk. Jadi sebelum anda menyebarkan suatu maklumat, tanyalah diri:

  • “Adakah sumbernya dapat dipercayai?” Orang yang memberikan maklumat itu mungkin tidak mengetahui fakta yang sebenar. Suatu cerita mungkin akan ditokok tambah atau diubah. Maka berhati-hatilah jika anda tidak dapat mengenal pasti sumber cerita itu. Oleh sebab orang yang mempunyai peluang khidmat di sidang selalunya dipercayai oleh saudara saudari, mereka harus lebih berhati-hati ketika menyebarkan sesuatu yang belum disahkan faktanya

  • “Adakah maklumat ini merosakkan nama baik orang?” Jika suatu maklumat merosakkan nama baik seseorang atau sekumpulan orang, adalah lebih baik untuk tidak menyebarkannya.​—Ams 18:8; Flp 4:8

  • “Adakah maklumat itu masuk akal?” Berhati-hatilah apabila anda mendengar cerita atau berita sensasi

SILA LIHAT VIDEO BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MENGHENTIKAN GOSIP? KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Seorang budak diikat pada papan sasaran dan ada pisau yang tertancap di sekelilingnya.

    Menurut Amsal 12:18, apakah akibat buruk jika kita tidak berhati-hati dengan kata-kata kita?

  • Sekumpulan orang sedang bergosip.

    Bagaimanakah Filipi 2:4 membantu kita mempunyai pandangan yang seimbang semasa bercakap tentang orang lain?

  • Seorang lelaki enggan mendengar kawannya yang sedang bergosip.

    Apakah yang dapat kita lakukan apabila kata-kata sindiran atau negatif mula digunakan dalam suatu perbualan?

  • Seorang lelaki sedang bergosip sementara seorang wartawan menulis apa yang dikatakannya.

    Sebelum bercakap tentang orang lain, apakah soalan-soalan yang harus kita fikirkan?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi