KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Kaum Muda—Adakah Yehuwa Kawan Baik Anda?
Anda suka kawan yang mempunyai sifat apa? Anda mungkin suka seorang kawan yang setia, baik hati, dan murah hati. Yehuwa mempunyai semua sifat ini. (Kel 34:6; Kis 14:17) Dia mendengar doa anda. Dia membantu anda apabila anda memerlukannya. (Mz 18:19, 35) Dia juga mengampuni anda apabila anda membuat kesilapan. (1Yo 1:9) Bukankah Yehuwa Sahabat yang baik?
Bagaimanakah anda dapat menjadi sahabat Yehuwa? Belajarlah tentang-Nya dengan membaca Bible, dan luahkanlah isi hati anda kepada-Nya. (Mz 62:8; 142:2) Tunjukkan bahawa anda mengasihi apa yang penting bagi Yehuwa, seperti Anak-Nya, Kerajaan-Nya, dan janji-janji-Nya untuk masa depan. Beritahulah orang lain tentang-Nya. (Ul 32:3) Jika anda memupuk hubungan yang erat dengan Yehuwa, Dia akan menjadi Sahabat anda buat selama-lamanya.—Mz 73:25, 26, 28.
SILA LIHAT VIDEO KAUM MUDA—“RASAKANLAH SENDIRI BETAPA BAIKNYA YEHUWA.” KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
Apakah yang harus anda buat supaya anda dapat membaktikan diri dan dibaptis?
Bagaimanakah saudara saudari dapat membantu anda berkhidmat kepada Yehuwa?
Bagaimanakah kerja penyebaran menguatkan hubungan anda dengan Yehuwa?
Anda dapat menjadi sahabat Yehuwa buat selama-lamanya!
Apakah peluang khidmat yang terbuka bagi anda?
Apakah yang anda hargai tentang Yehuwa?