KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Nilai “Dua Keping Mata Wang yang Kecil”
Seorang balu telah memasukkan dua keping mata wang yang kecil ke dalam peti sumbangan. Tetapi wang yang diberikannya itu tidak cukup untuk membeli sedikit makanan pun. (Lihat ”segala nafkah hidup yang ada padanya” nota pembelajaran untuk Lukas 21:4, nwtsty.) Biarpun begitu, sumbangannya menunjukkan bahawa dia amat mengasihi Yehuwa dan bersyukur terhadap aturan Tuhan. Itulah sebabnya sumbangannya amat bernilai di mata Tuhan.—Mr 12:43.
SILA LIHAT VIDEO ‘MEMBERIKAN PERSEMBAHAN KEPADA YEHUWA.’ KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
Ke manakah perginya wang yang kita derma?
Mengapakah sumbangan kita bernilai tinggi meskipun kita hanya dapat memberikan sedikit wang?
Bagaimanakah kita dapat mengetahui lebih lanjut tentang kaedah sumbangan yang tersedia di negara kita?—Lihat kotak “Belajar Lebih Banyak”