PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb20 Disember ms. 3
  • Kita Menunjukkan Kasih dengan Menyokong Disiplin Yehuwa

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kita Menunjukkan Kasih dengan Menyokong Disiplin Yehuwa
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2020
  • Bahan yang Berkaitan
  • Disiplin—Ungkapan Kasih Yehuwa
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2021
  • Mengapa Penyingkiran ialah Aturan yang Penuh Kasih
    Menara Pengawal—2015
  • Semasa Orang Tersayang Anda Meninggalkan Yehuwa
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2021
  • Disiplin—Bukti akan Kasih Tuhan
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2018
Lihat Selanjutnya
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2020
mwb20 Disember ms. 3

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Kita Menunjukkan Kasih dengan Menyokong Disiplin Yehuwa

Penyingkiran melindungi sidang dan mendisiplinkan pendosa yang enggan bertaubat. (1Ko 5:6, 11) Penyingkiran membuat semua orang sedih, termasuk ahli keluarga dan jawatankuasa pengadilan. Biarpun begitu, kita sedang menunjukkan kasih apabila kita menyokong disiplin Yehuwa. Mengapa?

Hal ini demikian kerana kita menunjukkan bahawa kita mengasihi nama baik Yehuwa dan menghormati piawaian-Nya yang suci. (1Pt 1:14-16) Kita juga menunjukkan bahawa kita mengasihi orang yang telah disingkirkan. Disiplin yang tegas memedihkan hati, tetapi kemudian orang itu akan “menuai buah kedamaian, iaitu kehidupan yang diperkenankan Tuhan.” (Ibr 12:5, 6, 11) Jika kita bergaul dengan orang yang disingkirkan atau orang yang menarik diri daripada sidang, kita sedang menghalang disiplin Yehuwa. Ingatlah, Yehuwa mendisiplinkan umat-Nya “dengan saksama.” (Yer 30:11) Kita terus berharap agar orang itu akan kembali kepada Bapa kita yang berbelas kasihan. Tetapi pada masa yang sama, kita juga perlu terus menyokong disiplin Yehuwa dan mempunyai rutin rohani yang baik.​—Yes 1:16-18; 55:7.

SILA LIHAT VIDEO KEKALKAN KESETIAAN DENGAN HATI YANG BERSATU. KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Adegan daripada video ‘Kekalkan Kesetiaan Dengan Hati yang Bersatu.’ Gabriella dan Ben bersedih setelah membaca surat daripada anak lelaki mereka yang telah keluar dari rumah.

    Apakah perasaan ibu bapa Kristian apabila anak mereka meninggalkan Yehuwa?

  • Adegan daripada video ‘Kekalkan Kesetiaan Dengan Hati yang Bersatu.’ Saudara saudari melegakan hati Gabriella dan Ben selepas perjumpaan.

    Bagaimanakah sidang dapat menyokong ahli keluarga yang setia?

  • Adegan daripada video ‘Kekalkan Kesetiaan Dengan Hati yang Bersatu.’ Gabriella membayangkan kisah Korah yang memberontak terhadap Tuhan.

    Apakah kisah Bible yang menunjukkan pentingnya untuk lebih setia kepada Yehuwa daripada ahli keluarga sendiri?

  • Adegan daripada video ‘Kekalkan Kesetiaan Dengan Hati yang Bersatu.’ Selepas perjumpaan, Gabriella memberitahu Ben tentang mesej daripada anak lelaki mereka.

    Bagaimanakah kita dapat menunjukkan bahawa kita lebih setia kepada Yehuwa daripada keluarga kita?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi