PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb20 Disember ms. 7
  • Sudikah Anda Membuat Permohonan bagi Sekolah Latihan Penginjil?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Sudikah Anda Membuat Permohonan bagi Sekolah Latihan Penginjil?
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2020
  • Bahan yang Berkaitan
  • Melatih Penyebar Kerajaan Tuhan
    Kerajaan Tuhan Kini Memerintah!
  • Memohon untuk Menyertai Sekolah Latihan Penginjil
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2022
  • Para Mubaligh Menginjil “Sampai ke Hujung Bumi”
    Bagaimana Sumbangan Anda Digunakan
  • Apakah Sekolah-Sekolah yang Disediakan bagi Perintis?
    Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa?
Lihat Selanjutnya
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2020
mwb20 Disember ms. 7
Beberapa orang pelajar menghadiri Sekolah Latihan Penginjil.

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Sudikah Anda Membuat Permohonan bagi Sekolah Latihan Penginjil?

Adakah anda seorang pekhidmat sepenuh masa yang berumur antara 23 hingga 65 tahun? Adakah anda mempunyai kesihatan yang baik dan dapat berpindah ke kawasan yang memerlukan lebih banyak bantuan? Jika anda menjawab ya, sudahkah anda berfikir untuk membuat permohonan bagi Sekolah Latihan Penginjil? Sejak kelas pertama diadakan, ribuan pasangan suami isteri, saudara bujang, dan saudari bujang, telah membuat permohonan. Tetapi kami memerlukan lebih banyak saudara bujang untuk membuat permohonan. Mintalah Yehuwa untuk menguatkan keinginan anda untuk menyenangkan hati-Nya dan meniru teladan Anak-Nya. (Mz 40:8; Mt 20:28; Ibr 10:7) Kemudian carilah jalan untuk mengurangkan kerja sekular atau tanggungjawab peribadi agar anda dapat memenuhi syarat untuk menyertai sekolah ini.

Apakah peluang khidmat yang terbuka kepada lepasan sekolah teokratik ini? Ada yang telah ditugaskan untuk berkhidmat di kawasan bahasa asing atau di kawasan yang mempunyai Program Khas Kesaksian Awam di Bandar Raya. Yang lain pula berkhidmat sebagai penyelia litar, pengganti penyelia litar, atau mubaligh. Maka fikirkanlah peluang khidmat yang tersedia, dan berusahalah untuk mencerminkan semangat Nabi Yesaya, yang berkata, “Inilah aku! Utuslah aku!”​—Yes 6:8.

SILA LIHAT VIDEO MUBALIGH​—PEKERJA DI LADANG TUAIAN. KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Adegan daripada video ‘Mubaligh​—Pekerja di Ladang Tuaian.’ Pasangan suami isteri yang menjadi mubaligh menginjil bersama.

    Bagaimanakah mubaligh dipilih?

  • Adegan daripada video ‘Mubaligh​—Pekerja di Ladang Tuaian.’ Seorang mubaligh dan seorang lagi saudari mengadakan pembelajaran Bible dengan seorang wanita.

    Apakah usaha baik yang dilakukan oleh para mubaligh dalam kawasan penyebaran?

  • Adegan daripada video ‘Mubaligh​—Pekerja di Ladang Tuaian.’ Seorang mubaligh di sidang bahasa isyarat berbincang dengan seorang saudara tentang permohonan untuk khidmat khas.

    Apakah berkat-berkat yang dinikmati oleh para mubaligh?

Adakah anda ingin mengetahui lebih banyak tentang Sekolah Latihan Penginjil? Pergi ke “Video” di bahagian Perpustakaan jw.org, dan cari di KEGIATAN KAMI > SEKOLAH TEOKRATIK DAN LATIHAN. Lihat video Sekolah Teokratik di Afrika Tengah, Menjadi Kaya secara Rohani menerusi Ajaran Yehuwa, dan Sekolah Latihan Penginjil yang Pertama.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi