PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb21 Januari ms. 11
  • Pilihlah untuk Menyembah Yehuwa

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Pilihlah untuk Menyembah Yehuwa
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2021
  • Bahan yang Berkaitan
  • Pembaptisan—Matlamat yang Terpuji!
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Pembaptisan—Syarat bagi Orang Kristian
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2018
  • Pembaptisan serta Hubungan Anda dengan Tuhan
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
  • Sudahkah Anda Bersedia untuk Dibaptis?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2020
Lihat Selanjutnya
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2021
mwb21 Januari ms. 11
Sebatang jalan berliku-liku yang menggambarkan haluan untuk menyembah Yehuwa. Terdapat papan tanda di tepi jalan yang menggambarkan langkah-langkah seperti mempelajari Bible, menghadiri perjumpaan, menginjil, dan pembaptisan.

Di manakah anda dalam haluan ini?

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Pilihlah untuk Menyembah Yehuwa

Jika anda masih muda atau sedang belajar Bible, adakah anda mempunyai matlamat untuk dibaptis? Mengapakah langkah ini penting? Apabila anda membaktikan diri dan dibaptis, anda mempunyai hubungan yang istimewa dengan Yehuwa. (Mz 91:1) Hal ini juga membantu anda mendapat penyelamatan. (1Pt 3:21) Jadi, apakah yang harus anda lakukan?

Anda harus yakin tentang kebenaran Bible yang sedang anda pelajari. Jika anda ada soalan, buatlah penyelidikan peribadi. (Rm 12:2) Kenal pasti perubahan yang harus anda buat, dan biarlah keinginan untuk menyenangkan Yehuwa mendorong anda untuk membuat perubahan itu. (Ams 27:11; Ef 4:23, 24) Berdoalah sentiasa untuk meminta bantuan Yehuwa. Yakinlah Dia akan menguatkan dan menyokong anda dengan kuasa suci-Nya. (1Pt 5:10, 11) Usaha anda pasti tidak sia-sia. Menyembah Yehuwa ialah haluan hidup yang terbaik!​—Mz 16:11.

SILA LIHAT VIDEO LANGKAH YANG MENUJU KE PEMBAPTISAN. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Apakah halangan yang berjaya diatasi beberapa saudara saudari supaya dapat dibaptis?

  • Bagaimanakah anda boleh memupuk iman yang kuat supaya dapat membaktikan diri kepada Yehuwa?

  • Apakah yang telah mendorong beberapa orang untuk mengambil langkah yang diperlukan supaya dapat dibaptis?

  • Apakah berkat yang diraih oleh orang yang memilih untuk menyembah Yehuwa?

  • Apakah maksud membaktikan diri dan dibaptis?

Pada penghujung ceramah pembaptisan, penceramah akan meminta calon-calon pembaptisan untuk berdiri dan menjawab dua soalan berikut dengan suara lantang:

Sudahkah anda bertaubat daripada dosa-dosa anda, membaktikan diri kepada Yehuwa, dan menerima cara Dia memberikan penyelamatan melalui Yesus Kristus?

Adakah anda faham bahawa setelah dibaptis, anda akan dikenali sebagai salah seorang Saksi-Saksi Yehuwa yang menyertai organisasi Yehuwa?

Dengan menjawab “ya” kepada dua soalan ini, calon-calon pembaptisan ‘mengisytiharkan di hadapan umum’ bahawa mereka beriman kepada tebusan dan telah membaktikan diri dengan sepenuhnya kepada Yehuwa.​—Rm 10:9, 10.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi