PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb21 Mac ms. 5
  • Adakah Anda Membuat Persiapan bagi Peringatan?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Adakah Anda Membuat Persiapan bagi Peringatan?
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2021
  • Bahan yang Berkaitan
  • Siapakah yang Ingin Saya Jemput?
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2020
  • Yehuwa Memberkati Usaha Kita untuk Menghadiri Peringatan
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2023
  • “Berbuatlah Demikian untuk Mengenang Aku” Kematian Yesus akan Diperingati pada 2 April
    Kerja Teokratik Kita—2007
  • Teruslah Berbuat Demikian Sambutan Peringatan pada 5 April
    Kerja Teokratik Kita—2012
Lihat Selanjutnya
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2021
mwb21 Mac ms. 5
Petrus dan Yohanes sedang meletakkan roti dan cawan-cawan di atas meja.

Petrus dan Yohanes menyediakan bilik untuk Perayaan Paska 33 M

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Adakah Anda Membuat Persiapan bagi Peringatan?

Paska terakhir yang disambut oleh Yesus amat penting baginya. Tidak lama lagi, dia akan mati. Jadi dia merancang untuk makan jamuan Paska bersama para rasul, dan kemudian memperkenalkan satu sambutan tahunan baharu, iaitu Perjamuan Malam Tuan. Maka dia mengutus Petrus dan Yohanes untuk menyediakan tempat jamuan itu. (Lu 22:7-13; lihat gambar pada muka depan.) Hal ini mengingatkan kita bahawa kita perlu membuat persiapan bagi sambutan Peringatan pada 27 Mac. Sidang perlu membuat aturan bagi penceramah, lambang-lambang Peringatan, dan sebagainya. Tetapi bagaimanakah kita sendiri dapat membuat persiapan bagi Peringatan?

Persiapkan hati anda. Baca dan renungkan pembacaan Bible sempena Peringatan. Jadual itu boleh dijumpai dalam buku Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari. Jadual yang lebih terperinci boleh dijumpai dalam Lampiran B12 Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu. (Lihat juga Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita terbitan April 2020.) Keluarga boleh membincangkan pentingnya tebusan Yesus dengan menggunakan maklumat dalam Panduan Penyelidikan Saksi-Saksi Yehuwa.

Sebuah keluarga sedang membincangkan tentang Peringatan semasa penyembahan keluarga.

Jemputlah orang lain. Sertailah kempen jemputan Peringatan dengan sepenuhnya. Fikirkan orang yang anda boleh jemput seperti kunjungan kembali, bekas pelajar Bible, kenalan, dan saudara-mara. Para penatua harus menjemput mereka yang tidak aktif. Ingatlah jika seseorang tidak tinggal di kawasan anda, anda boleh mencari masa dan lokasi Peringatan yang berdekatan dengannya dalam laman web jw.org/ms. (Klik MENGENAI KAMI di bahagian atas laman web, dan kemudian klik “Peringatan.”)

Dua orang penatua melawat seorang penyiar yang tidak aktif dan menjemputnya ke Peringatan.

Apakah persiapan lain yang boleh kita buat?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi