PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb21 Mei ms. 13
  • Tunjukkan Kasih dalam Keluarga

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Tunjukkan Kasih dalam Keluarga
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2021
  • Bahan yang Berkaitan
  • Membina Keluarga yang Bahagia
    Apakah yang Diajarkan Bible?
  • Cara Menikmati Kehidupan Keluarga yang Bahagia
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
  • Kehidupan Keluarga yang Menyenangkan Hati Tuhan
    Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita?
  • Dua Kunci kepada Perkahwinan yang Berkekalan
    Rahsia Kebahagiaan Keluarga
Lihat Selanjutnya
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2021
mwb21 Mei ms. 13
Sebuah keluarga bernyanyi bersama di perjumpaan.

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Tunjukkan Kasih dalam Keluarga

Kasih ialah ikatan yang mengeratkan sesebuah keluarga. Tanpa kasih, keluarga tidak dapat bersatu dan bekerjasama. Jadi bagaimanakah para suami, isteri, dan ibu bapa dapat menunjukkan kasih dalam keluarga?

Seorang suami yang pengasih akan mempertimbangkan keperluan, pandangan, dan perasaan isterinya. (Ef 5:28, 29) Dia akan memenuhi keperluan fizikal dan rohani keluarganya, termasuk mengadakan penyembahan keluarga secara tetap. (1Ti 5:8) Seorang isteri yang pengasih akan mentaati dan menghormati suaminya “dengan mendalam.” (Ef 5:22, 33; 1Pt 3:1-6) Suami isteri harus mengampuni satu sama lain dengan rela hati. (Ef 4:32) Ibu bapa yang pengasih akan prihatin terhadap setiap anak dan mengajar mereka mengasihi Yehuwa. (Ul 6:6, 7; Ef 6:4) Apakah cabaran yang dihadapi anak-anak di sekolah? Bagaimanakah mereka menangani tekanan rakan sebaya? Apabila seluruh keluarga saling mengasihi, setiap anggota akan berasa tenang dan selamat.

SILA LIHAT VIDEO TERUS MENUNJUKKAN KASIH DALAM KELUARGA. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Adegan daripada video ‘Terus Menunjukkan Kasih dalam Keluarga.’ Selepas pulang dari perjumpaan, sepasang suami dan isteri berbincang ayat Bible bersama.

    Bagaimanakah seorang suami yang pengasih memelihara dan menyayangi isterinya?

  • Adegan daripada video ‘Terus Menunjukkan Kasih dalam Keluarga.’ Selepas pulang dari perjumpaan, seorang saudari mendengar luahan suaminya yang bukan Saksi dan menunjukkan kasih kepada suaminya.

    Bagaimanakah seorang isteri yang pengasih menghormati suami dengan mendalam?

  • Adegan daripada video ‘Terus Menunjukkan Kasih dalam Keluarga.’ Sebuah keluarga berbincang tentang isi yang dipelajari daripada perjumpaan sambil makan bersama.

    Bagaimanakah ibu bapa yang pengasih mengajarkan Firman Tuhan kepada anak mereka secara berulang-ulang?

BERHATI-HATI SEMASA MENGGUNAKAN ALAT ELEKTRONIK

Alat-alat elektronik boleh mengambil masa yang sepatutnya digunakan untuk menguatkan ikatan kasih dalam keluarga. Ibu bapa boleh menetapkan had masa bagi diri dan anak semasa menggunakan alat elektronik. Ibu bapa juga perlu menentukan jika anak-anak dibenarkan bergaul dalam talian dan dengan siapa.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi