KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Ciptaan Menguatkan Keyakinan Kita terhadap Kebijaksanaan Yehuwa
Adakah Yehuwa selalu tahu apa yang terbaik bagi kita? Sudah pasti! Jika kita percaya hal ini, kita akan bertindak dengan bijak dan mengikut bimbingan-Nya. (Ams 16:3, 9) Namun keyakinan kita terhadap bimbingan Tuhan mungkin diuji apabila bimbingan-Nya berbeza daripada fikiran kita. Kita boleh menguatkan keyakinan terhadap kebijaksanaan Yehuwa dengan merenungkan ciptaan-Nya yang menakjubkan.—Ams 30:24, 25; Rm 1:20.
SILA LIHAT VIDEO EVOLUSI ATAU DICIPTAKAN? BAGAIMANAKAH SEMUT MENGELAKKAN KESESAKAN LALU LINTAS? KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
Apakah yang dilakukan oleh semut setiap hari?
Bagaimanakah semut mengelakkan kesesakan lalu lintas?
Apakah yang boleh manusia belajar daripada cara semut mengelakkan kesesakan?
SILA LIHAT VIDEO EVOLUSI ATAU DICIPTAKAN? LEBAH BUMBLEBEE YANG DAPAT TERBANG DENGAN STABIL. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
Apakah cabaran yang dihadapi pesawat yang kecil?
Bagaimanakah lebah bumblebee dapat terbang dengan stabil semasa ditiup angin yang kuat?
Bagaimanakah manusia dapat belajar daripada kebijaksanaan lebah bumblebee?
Apakah bukti kebijaksanaan Yehuwa yang dapat anda perhatikan daripada ciptaan di tempat anda?