KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Pengajaran daripada Kisah Hidup Samuel
Samuel tetap setia kepada Yehuwa sepanjang hayatnya. Semasa dia masih muda, dia enggan mengikut haluan jahat seperti anak-anak lelaki Eli, iaitu Hofni dan Pinehas. (1Sa 2:22-26) Samuel terus membesar, dan Yehuwa menyertainya. (1Sa 3:19) Semasa dia sudah tua, dia terus berkhidmat kepada Yehuwa dengan setia meskipun anak-anak lelakinya tidak berbuat demikian.—1Sa 8:1-5.
Apakah yang dapat kita pelajari daripada teladan Samuel? Jika anda orang muda, yakinlah bahawa Yehuwa memahami cabaran yang anda hadapi dan perasaan anda. Dia ingin membantu anda untuk menjadi berani. (Yes 41:10, 13) Para ibu bapa, jika anak anda telah meninggalkan Yehuwa, anda dapat memperoleh kelegaan hati daripada teladan Samuel. Samuel tidak dapat memaksa anak-anaknya yang telah dewasa untuk terus mematuhi perintah Yehuwa. Dia menyerahkan hal itu ke dalam tangan Yehuwa. Dia terus setia kepada Yehuwa dan menyenangkan hati-Nya. Barangkali teladan baik anda akan menggerakkan anak anda untuk kembali kepada Yehuwa.
SILA LIHAT VIDEO BELAJAR DARIPADA MEREKA—SAMUEL. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
Bagaimanakah Samuel menunjukkan keberanian semasa dia masih muda?
Bagaimanakah Danny menunjukkan keberanian?
Bagaimanakah Samuel memberikan teladan yang baik apabila dia sudah tua?
Yehuwa menyokong orang yang terus mengikut haluan yang benar
Bagaimanakah ibu bapa Danny memberikan teladan yang baik?