PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb22 Mac ms. 9
  • Siapakah Sahabat Anda dalam Rangkaian Sosial?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Siapakah Sahabat Anda dalam Rangkaian Sosial?
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2022
  • Bahan yang Berkaitan
  • Rangkaian Sosial—Janganlah Dijeratnya
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2018
  • Laman Web Rasmi Kita—Gunakannya untuk Pembelajaran Peribadi dan Keluarga
    Kerja Teokratik Kita—2012
  • Pilih Kawan dengan Bijak
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Pentingkah untuk Menjadi Popular di Media Sosial?
    Kaum Muda Bertanya
Lihat Selanjutnya
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2022
mwb22 Mac ms. 9

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Siapakah Sahabat Anda dalam Rangkaian Sosial?

Seorang sahabat ialah “seseorang yang kita suka dan hormat.” Contohnya, selepas Daud membunuh Goliat, Yonatan dan Daud mula mempunyai persahabatan yang erat. (1Sa 18:1) Mereka mengagumi sifat-sifat satu sama lain. Maka, kita perlu kenal seseorang untuk menjadi sahabatnya. Hal ini memerlukan masa dan usaha. Namun dalam rangkaian sosial, anda boleh menjadi kawan sesiapa sahaja dengan hanya satu klik. Dalam alam maya, seseorang dapat menyembunyikan dirinya yang sebenar kerana dia boleh memilih apa yang ingin dikongsikannya. Oleh itu, adalah baik untuk berfikir masak-masak sebelum menerima seseorang sebagai sahabat dalam Internet. Jika seseorang yang anda tidak begitu kenal meminta untuk menjadi kawan anda dalam rangkaian sosial, janganlah takut untuk menolak permintaan itu kerana risau menyakiti hatinya. Memandangkan rangkaian sosial ada bahaya, sesetengah orang memilih untuk langsung tidak menggunakannya. Namun, jika anda menggunakan rangkaian sosial, apakah yang perlu anda ingat?

SILA LIHAT VIDEO GUNAKAN RANGKAIAN SOSIAL DENGAN BIJAK. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Adegan daripada video “Gunakan Rangkaian Sosial dengan Bijak.” Seorang gadis terkejut melihat gambarnya muncul di kaca TV.

    Apakah yang perlu anda fikirkan sebelum memaparkan komen dan gambar?

  • Adegan daripada video ‘Gunakan Rangkaian Sosial dengan Bijak.’ Dua lelaki yang jahat menunjukkan gambar dalam media sosial kepada seorang pemuda, dan pemuda itu menutup matanya dengan tangannya.

    Mengapakah anda harus berhati-hati semasa memilih sahabat dalam rangkaian sosial?

  • Adegan daripada video “Gunakan Rangkaian Sosial dengan Bijak.” Seorang pemuda yang menggunakan komputer ribanya sepanjang malam tertidur di atas komputer itu.

    Mengapakah anda harus mengehadkan masa yang diluangkan dalam rangkaian sosial?—Ef 5:15, 16

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi