KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Perkahwinan—Ikatan Seumur Hidup
Perkahwinan yang berjaya memuliakan Yehuwa dan membuat suami isteri bersukacita. (Mr 10:9) Untuk memastikan perkahwinan dapat bertahan dan kekal bahagia, orang Kristian mesti mengikut prinsip Bible semasa memilih pasangan hidup.
Tunggulah sehingga anda “melewati masa remaja” sebelum berdating. Hal ini kerana perasaan dan nafsu kuat dapat mengaburi daya pertimbangan anda. (1Ko 7:36) Anda boleh menggunakan masa bujang anda untuk menguatkan hubungan anda dengan Yehuwa dan memupuk sifat-sifat Kristian. Ini akan membantu anda menjadi suami atau isteri yang lebih baik pada masa depan dan menjayakan perkahwinan anda.
Sebelum mengahwini seseorang, luangkanlah masa untuk mengenali keperibadiannya dengan baik. (1Pt 3:4) Jika ada sesuatu yang membuat anda berasa ragu, bincangkanlah hal itu bersamanya. Dalam perkahwinan, anda harus bertumpu kepada apa yang dapat anda berikan kepada pasangan dan bukannya apa yang dapat anda terima sahaja. (Flp 2:3, 4) Dengan menerapkan prinsip Bible, anda akan membina perkahwinan yang bahagia pada asas yang kukuh.
SILA LIHAT VIDEO PERSEDIAAN UNTUK BERKAHWIN—BAHAGIAN 3: “MENGIRA PERBELANJAANNYA.” KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
Ceritakan apa yang berlaku semasa saudari itu berdating dengan Shane.
Apakah masalah yang saudari itu perhatikan semakin lama mereka berdating?
Bagaimanakah ibu bapa saudari itu membantunya? Apakah keputusan bijak yang dibuatnya?