PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb23 Mei ms. 5
  • Adakah Anda Bersedia Menghadapi Masalah Ekonomi?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Adakah Anda Bersedia Menghadapi Masalah Ekonomi?
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2023
  • Bahan yang Berkaitan
  • Adakah Anda Sudah Bersedia?
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2020
  • Tetap Bersedia sepanjang Penghujung “Hari-Hari Terakhir”
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2021
  • Bergantung pada Yehuwa semasa Membuat Keputusan
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2023
  • Adakah Anda Bersedia untuk Menghadapi Pergolakan Sosial?
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2022
Lihat Selanjutnya
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2023
mwb23 Mei ms. 5

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Adakah Anda Bersedia Menghadapi Masalah Ekonomi?

Kita tidak berasa hairan apabila melihat peristiwa dunia menyebabkan banyak negara dilanda masalah ekonomi. Mengapa? Hal ini kerana kita sedang hidup pada penghujung hari-hari terakhir. Bukan itu saja, Bible telah memberi kita amaran supaya tidak berharap kepada “kekayaan yang tidak tetap.” (1Ti 6:17; 2Ti 3:1) Daripada kisah Raja Yehosafat, apakah yang dapat bantu kita bersedia untuk menghadapi masalah ekonomi?

Semasa diancam oleh musuh, Yehosafat beriman kepada Yehuwa. (2Ta 20:9-12) Selain itu, dia mengambil langkah-langkah praktikal untuk melindungi rakyat. Yehosafat mengukuhkan semua kota berkubu dan mendirikan pangkalan tentera. (2Ta 17:1, 2, 12, 13) Seperti Yehosafat, kita juga harus beriman kepada Yehuwa dan bersiap sedia untuk menghadapi masalah ekonomi.

BAGAIMANAKAH KITA DAPAT MEMBUAT PERSEDIAAN UNTUK MENGHADAPI MASALAH EKONOMI?

Secara rohani: Pupuklah rasa syukur dan kuatkanlah iman anda kepada Yehuwa. Yakinlah bahawa Dia dapat menjaga segala keperluan harian anda. (Mt 6:26; 1Ti 6:8) Bertekadlah untuk tidak melanggar prinsip Bible demi memenuhi keperluan asas anda. (Rm 2:21) Fikirkan cara untuk mendapatkan makanan rohani jika bekalan elektrik atau Internet terputus. Simpanlah beberapa bahan bacaan bercetak. Jika dapat, muat turun bahan terbitan ke dalam alat elektronik anda.

Secara jasmani: Sebelum dilanda masalah ekonomi, kurangkan hutang dan perbelanjaan yang tidak perlu. (Ams 22:7) Jika dapat, simpanlah bekalan makanan dan barang keperluan yang lain untuk kecemasan. Sesetengah orang juga menjimatkan wang dengan menanam sayur sendiri.

SILA LIHAT VIDEO ADAKAH ANDA BERSEDIA MENGHADAPI BENCANA? KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

Adegan daripada video “Adakah Anda Bersedia Menghadapi Bencana?” Gambar menunjukkan Bible, beg kecemasan, telefon bimbit, dan pekerja pembinaan.
  • Bagaimanakah kita dapat bersiap sedia untuk menghadapi bencana?

Adegan daripada video “Adakah Anda Bersedia Menghadapi Bencana?” Para saudara memberikan bantuan kepada mangsa bencana. Mereka melakukan kerja pembinaan dan menghantar barang keperluan.
  • Bagaimanakah kita dapat membuat persediaan untuk membantu orang lain?

MATLAMAT

Semasa penyembahan keluarga, bincangkan maklumat dalam majalah Sedarlah! No. 1 2022. Kaji cara lain untuk bersiap sedia menghadapi bencana.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi