PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp21 No. 3 ms. 9-11
  • Adakah Menjadi Orang yang Baik Menjamin Masa Depan Kita?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Adakah Menjadi Orang yang Baik Menjamin Masa Depan Kita?
  • Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2021
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • RAMAI YANG MEMILIH HALUAN HIDUP INI
  • APAKAH HASILNYA?
  • Semua Orang Menginginkan Masa Depan yang Lebih Baik
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2021
  • Cara Mendapat Masa Depan yang Lebih Baik
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2021
  • Pengenalan
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2021
  • “Orang yang Rendah Hati Akan Memiliki Bumi”
    Menara Pengawal (Umum)—2018
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2021
wp21 No. 3 ms. 9-11
Seorang wanita memberikan tempat duduknya kepada seorang wanita tua di sebuah bas.

Adakah Menjadi Orang yang Baik Menjamin Masa Depan Kita?

Selama ratusan tahun, ramai orang berasa bahawa jika mereka menjadi orang yang baik dan hidup bermoral, mereka akan memiliki masa depan yang baik. Misalnya, ramai orang di Asia setuju dengan kata-kata Confucius (551-479 SM), seorang ahli falsafah yang terkenal: “Jangan lakukan kepada orang lain apa yang tidak ingin kamu lakukan kepada dirimu sendiri.”

RAMAI YANG MEMILIH HALUAN HIDUP INI

Ramai orang percaya bahawa jika mereka mengamalkan kelakuan yang terpuji, mereka akan memiliki masa depan yang baik. Oleh itu, mereka berusaha untuk bersikap hormat, bersopan santun, melaksanakan tanggungjawab dengan baik, dan menjauhi hal yang membuat mereka berasa bersalah. Linh, seorang wanita di Vietnam berkata, “Saya selalu percaya bahawa jika saya jujur dan ikhlas, saya akan diberkati.”

Wanita yang sama itu menyediakan makanan kepada orang miskin dan kepada orang yang tiada tempat tinggal.

Sesetengah orang berbuat baik kerana itulah yang diajarkan dalam agama mereka. Hsu-Yun, seorang lelaki di Taiwan, berkata, “Saya diajar bahawa perbuatan kita semasa hidup akan menentukan sama ada kita akan menikmati berkat atau diseksa selepas kita mati.”

APAKAH HASILNYA?

Pada penghujung hari, wanita itu berasa sedih dan penat, sambil mendukung anak lelakinya.

Memang benar, jika kita berbuat baik terhadap orang lain, kita akan mendapat banyak manfaat. Namun, ramai orang yang cuba berbuat baik mendapati bahawa mereka tidak selalunya mendapat balasan yang baik. Shiu Ping, seorang wanita di Hong Kong, berkata, “Saya belajar daripada pengalaman saya sendiri bahawa orang yang berbuat baik tidak semestinya diberkati. Saya cuba sedaya upaya untuk menjaga keluarga saya dan berbuat baik, tapi perkahwinan saya gagal dan suami saya meninggalkan saya dan anak saya.”

Ramai orang mendapati bahawa orang yang mempunyai agama tidak semestinya orang yang baik. Etsuko, seorang wanita yang tinggal di Jepun, berkata, “Saya menyertai sebuah gereja dan menjadi ketua untuk aktiviti orang muda. Namun, saya terkejut semasa melihat orang dalam gereja saya hidup tidak bermoral, bersaing untuk merampas kuasa, dan menyalahgunakan wang milik gereja.”

“Saya cuba sedaya upaya untuk menjaga keluarga saya dan berbuat baik, tapi perkahwinan saya gagal dan suami saya meninggalkan saya dan anak saya.”​—SHIU PING, HONG KONG

Sesetengah orang yang kuat beragama dan rajin berbuat baik berasa kecewa apabila perbuatan baik mereka tidak dibalas dengan kebaikan. Itulah perasaan Van, seorang wanita di Vietnam. Dia berkata, “Setiap hari, saya mempersembahkan buah-buahan, bunga, dan makanan kepada nenek moyang yang sudah meninggal. Saya harap mereka akan memberkati saya pada masa depan. Namun, setelah rajin bersembahyang dan berbuat baik selama bertahun-tahun, suami saya diserang penyakit yang serius. Kemudian, anak perempuan saya yang sedang belajar di luar negara meninggal semasa dia berusia 20 tahun.”

MENGAPA MENJADI ORANG YANG BAIK TIDAK MENJAMIN MASA DEPAN KITA

Memang penting untuk menjadi orang yang baik, tetapi sekadar menjadi orang yang baik tidak cukup untuk menjamin masa depan kita. Mengapa? Perhatikan apa yang dikatakan dalam Ayat-Ayat Suci.

BUKAN SEMUA ORANG MEMILIH UNTUK BERBUAT BAIK

“Seorang pendosa dapat merosakkan banyak hal yang baik.”​—PENGKHUTBAH 9:18.

Walaupun anda berusaha untuk menjadi orang yang baik, masa depan anda masih mungkin terjejas akibat perbuatan orang yang mementingkan diri sendiri. Sebagai contoh, semasa pandemik, anda mungkin mengikut arahan daripada pihak berkuasa dan mengamalkan penjarakan fizikal. Namun, bagaimana pula jika ada orang enggan bekerjasama? Perbuatan mereka boleh membahayakan kesihatan orang yang berusaha untuk mengikut arahan.

ORANG MUNGKIN MEMPUNYAI TANGGAPAN YANG SALAH TENTANG APA YANG BAIK ATAU JAHAT

“Ada jalan yang disangka baik oleh seseorang, tetapi akhirnya jalan itu menuju kematian.”​—AMSAL 14:12.

Ramai orang telah melakukan banyak hal yang mereka fikir adalah betul. Tetapi kemudiannya, mereka sedar bahawa apa yang mereka lakukan itu salah. Jadi, walaupun mereka fikir apa yang mereka lakukan itu baik, namun mereka masih menderita kerana membuat keputusan yang salah.

SITUASI HIDUP YANG SUSAH DIJANGKAKAN

“Kamu tidak tahu apa yang akan berlaku dengan hidup kamu hari esok.”​—YAKOBUS 4:14.

Tidak kira betapa baiknya seseorang, dia boleh meninggal secara tiba-tiba. Contohnya, ramai pekerja sukarela yang membantu semasa pandemik COVID-19 telah terkorban. Atau perhatikan pengalaman Liting, seorang wanita di China yang telah kehilangan ayahnya akibat kemalangan jalan raya. Dia berkata, “Saya tidak faham kenapa orang yang baik boleh meninggal. Ayah saya seorang yang rajin, rendah hati, dan ikhlas, tapi dalam keretanya, dia sahaja yang terkorban.”

Jika menjadi orang yang baik tidak dapat menjamin masa depan, apakah yang dapat membantu kita? Kita memerlukan bimbingan yang dapat dipercayai, yang dapat menjawab soalan-soalan penting dalam kehidupan dan mengajar kita cara memiliki masa depan yang baik. Dari manakah kita dapat mencari bimbingan tersebut?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi